5 juta pelancong China dijangka lawat Malaysia pada 2025, berbelanja lebih RM30 bilion - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

5 juta pelancong China dijangka lawat Malaysia pada 2025, berbelanja lebih RM30 bilion - Maybank IB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Okt - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menganggarkan sejumlah 5 juta pelancong China akan hadir ke Malaysia pada 2025 dengan perbelanjaan mereka diramal melonjak melebihi RM30 bilion.

 

Katanya, dengan mengambil kira kapasiti tempat duduk penerbangan sebanyak 419,153 dari China ke Malaysia pada September 2024, bersama andaian 80% muatan, pihaknya menganggarkan sejumlah 4 juta pelancong China akan hadir melalui udara pada tahun hadapan.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7426977301222427911.jpg?itok=wNbAfR-W","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7426977301222427911?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7390560066821703185","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Firma penyelidikan itu berkata, diitambah dengan 1.1 juta pelancong China yang memasuki Malaysia dari Singapura melalui jalan darat pada 2019, kami percaya kemungkinan ketibaan pelancong China ke Malaysia boleh mencecah angka 5 juta pada 2025.

 

"Pada separuh kedua 2024, purata perbelanjaan bagi setiap pelancong China adalah 27% lebih tinggi daripada 2019.

 

"Ditambah dengan potensi kehadiran 60% lebih ramai pelancong China pada 2025, perbelanjaan mereka di Malaysia boleh meningkat melebihi RM30 billion pada 2025 berbanding 2019.

 

"Antara syarikat yang akan menjadi penerima manfaat daripada kehadiran pelancong China termasuk Genting Malaysia, Capital A dan AirAsia X," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Maybank IB berkata, selepas COVID-19, Malaysia dan Singapura muncul sebagai destinasi utama pelancong China.

 

Kedua-dua negara itu adalah dalam senarai 10 teratas paling banyak dikunjungi pelancong China dengan kapasiti tempat duduk penerbangan dari China melepasi tahap COVID-19 pengecualian visa kepada mereka.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kapasiti tempat duduk dari China ke Malaysia mencecah 123% daripada paras pra COVID-19 manakala kapasiti tempat duduk dari China ke Singapura mencecah 118%.

 

"Kami memerhatikan lawatan pelancong China ke Singapura adalah kerana satu pertiga kehadiran mereka ke Malaysia masuk melalui jalan darat dari negara itu sebagai sebahagian daripada lawatan ‘Xin-Ma-Tai’ (Singapura-Malaysia-Thailand)," katanya. - DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/IMNXJJyz5k8.jpg?itok=dW4Smm_F","video_url":"https://youtu.be/IMNXJJyz5k8","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}