Pendapatan Maxis bagi 3QFY22 adalah sejajar dengan unjuran MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Pendapatan Maxis bagi 3QFY22 adalah sejajar dengan unjuran MIDF Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Nov - Pendapatan Maxis Berhad adalah sejajar dengan unjuran dan jangkaan konsensus MIDF Research untuk 3QFY22 selepas masing-masing menyumbang 73.3% dan 73% daripada anggaran pendapatan penuh FY22.

 

Firma itu berkata, pendapatan kumpulan bagi 3QFY22 merosot 4.3% dari suku ke suku dan 3.1% dari tahu  ke tahun kepada RM315 juta disebabkan kenaikan kadar cukai korporat kepada 33% kesan daripada Cukai Makmur.

 

Katanya, kumpulan itu merekodkan hasil sebanyak RM7.2 bilion bagi 9MFY22 didorong oleh jualan pengguna dan hasil perusahaan yang lebih tinggi.

 

"Jualan pengguna meningkat 3.7% dari tahun ke tahun kepada RM5.1 bilion disebabkan pertumbuhan stabil dalam pascabayar dan ketersambungan rumah.

 

"Sementara itu, hasil perusahaan meningkat 3.8% dari tahun ke tahun kepada RM1.2 bilion," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih Maxis untuk 3QFY22 menyusut 3.1% kepada RM315 juta berbanding RM325 juta setahun lalu kesan daripada kenaikan 33% cukai korporat.

 

Hasil suku tahunan meningkat 5.9% kepada RM2.41 bilion daripada RM2.27 bilion pada 3QFY21, dipacu oleh sumbangan 3.7% lebih tinggi daripada hasil perkhidmatannya.

 

Firma tidak membuat sebarnag perubahan terhadap unjuran pendapatan kumpulan keranan hasil yang direkodkan adalah selaras dengan jangkaan.

 

"Kami mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM3.78 sesaham," katanya. - DagangNews.com