Pendapatan Reservoir Link meningkat 28% kepada RM112.4 juta bagi FY2021 | DagangNews Skip to main content

Pendapatan Reservoir Link meningkat 28% kepada RM112.4 juta bagi FY2021

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Feb - Reservoir Link Energy Berhad mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 28.5% kepada RM112.4 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu RM87.5 juta bagi FY2021 yang berakhir pada 31 Disember 2021.

 

Keuntungan bersih kumpulan itu juga meningkat sebanyak 2.8% kepada RM12.1 juta daripada RM11.8 juta dan pendapatan serta keuntungan itu adalah hasil sumbangan daripada Founder Energy Sdn. Bhd.

 

Bagi pendapatan 4QFY2021 juga meningkat sebanyak 53.3% kepada RM33.8 juta berbanding RM22.1 juta yang dicatatkan pada 4QFY2020. 

 

Peningkatan pendapatan itu datang daripada segmen tenaga yang boleh diperbaharui dan keuntungan kumpulan bagi suku itu adalah sebanyak RM1.6 juta berbanding RM7.4 juta akibat akibat penyiapan projek di Mauritania.

 

Pengarah Eksekutif Reservoir Link, Thien Chiet Chai dalam sat kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, kumpulan itu kekal berdaya tahan melalui paparan kewangan yang kukuh dengan kedudukan tunai bersih sebanyak RM14.4 juta.

 

"Berdasarkan kepada keputusan ini, semua pihak dapat melihat bahawa segmen tenaga boleh diperbaharui telah berkembang dengan baik dan ia menunjukkan tanda positif bahawa pasaran untuk segmen itu semakin stabil.

 

minyak

 

"Kami melihat segmen itu akan menyumbang secara positif kepada kumpulan dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai sebuah syarikat tenaga.

 

"Walaupun pasaran global terkesan dengan pandemik, kami kekal optimis dengan industri minyak dan gas. Kami akan terus membida projek berkaitan minyak dan gas serta projek tenaga diperbaharui untuk memberikan lebih nilai kepada pemegang saham kami," katanya. - DagangNews.com