Pendapatan sektor utiliti dijangka bertahan sehingga 2H22, kata HLIB | DagangNews Skip to main content

Pendapatan sektor utiliti dijangka bertahan sehingga 2H22, kata HLIB

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 12 Julai - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengekalkan penarafan “Overweight” ke atas sektor utiliti yang dijangka bertahan sehingga 2H22, memandangkan rangka kerja IBR/ICPT kekal utuh dan permintaan untuk produk utiliti terus meningkat seiring dengan jangkaan pemulihan ekonomi.

 

Dalam nota penyelidikan hari ini, HLIB berkata peningkatan kos bahan api komoditi kekal menjadi kebimbangan bagi sektor itu, menjejaskan aliran tunai Tenaga Nasional Bhd dan pendapatan PGB (untuk segmen utiliti), manakala YTL Power International Bhd (YTLP) kekal agak stabil.

 

HLIB berkata pendapatan untuk kumpulan utiliti secara relatifnya stabil, dilindungi di bawah rangka kerja IBR/ICPT dan kontrak/perjanjian jangka panjang.

 

Ia berkata mereka biasanya meletakkan diri mereka untuk kemampanan pendapatan jangka panjang dengan pelaburan modal yang berterusan dan meneroka peluang perniagaan baharu/sampingan.

 

“Kami tidak menjangka kerajaan akan beralih daripada komitmennya terhadap mekanisme IBR/ICPT yang dilaksanakan kerana tindakan itu akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap dasar kerajaan sedia ada dan akan datang.

 

“Namun begitu, kami menjangkakan hasil dividen untuk sektor itu dapat bertahan pada 2H22.

 

“Kami mengekalkan pandangan sektor utitili kepada Overweigtht, dengan saranan `Beli' untuk Tenaga (TP: RM11.65) dan YTLP (TP: RM1.05), dan `Pegang' untuk Petronas Gas Bhd (TP: RM17.85),” katanya. - DagangNews.com