Penempatan 4,828 guru 'one-off' akan diumum pada 18 Mac 2022 | DagangNews Skip to main content

Penempatan 4,828 guru 'one-off' akan diumum pada 18 Mac 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 Mac -  Penempatan seramai 4,828 lagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 bagi pengambilan khas secara one-off akan diumumkan pada 18 Mac 2022.

 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebooknya hari ini memaklumkan, guru-guru ini akan mula melapor diri pada 4 April 2022.

 

Beliau berkata, semakan penempatan masing-masing boleh dibuat bermula pada 18 Mac ini menerusi portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

 

"Pelaksanaan inisiatif pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang ini adalah antara usaha menangani isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama.

 

"Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua guru baharu yang akan memulakan tugas. Laksanakanlah amanah sebagai guru dengan bekerja seikhlas hati demi kecemerlangan anak-anak generasi pewaris negara," katanya.

 

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan selaku Pihak Berkuasa Melantik mempercepatkan pelantikan dan penempatan baki pengambilan guru secara one-off.

 

Perkara itu amat penting bagi menampung keperluan guru khususnya bagi sesi persekolahan akan datang.

 

Pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan jumlah keseluruhan 18,702 orang adalah bagi merungkai isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama.

 

 

kpm
Datuk Dr Radzi Jidin

 

 

Dr Radzi berkata, dari segi kriteria pemilihan beliau menjelaskan, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang memiliki kelayakan ikhtisas pendidikan daripada universiti awam, universiti swasta dan universiti luar negara untuk dilantik secara tetap.

 

Selain itu, calon juga perlu memenuhi syarat skim perkhidmatan, memenuhi padanan kluster mata pelajaran dan berjaya dalam temuduga SPP. - DagangNews.com