Pengambilalihan Plus Xnergy dijangka tingkatkan hasil dalam segmen solar BM Greentech, kata Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Pengambilalihan Plus Xnergy dijangka tingkatkan hasil dalam segmen solar BM Greentech, kata Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Jun - Kenanga Research menjangkakan langkah BM Greentech Bhd mengambil alih keseluruhan syarikat Plus Xnergy Holdings Sdn Bhd (PXH) pada harga RM110 juta akan mengukuhkan segmen solar kumpulan itu dengan pengembangan portfolio projek solar berskala besar (LSS).

 

Katanya, PXH merupakan kontraktor kejuruteraan, perolehan dan pembinaan sistem solar fotovoltaik (PV) dengan rekod prestasi cemerlang dengan rekod penyiapan lebih 400 megawatt puncak (MWp) kapasiti terpasang solar PV sejak penubuhannya pada 2013.

 

"Kami percaya segmen solarnya akan menyumbang kira-kira 30% daripada keuntungan kumpulan selepas cukai.

 

"Kami menyemak naik ramalan pendapatan sesaham (EPS) FY25-FY26 sebanyak 6% dan 4%, bagi mencerminkan pendapatan PXH," katanya dalam satu nota kajian, hari ini. 

 

ARTIKEL BERKAITAN: BM Greentech ambil alih sepenuhnya firma solar Plus Xnergy dengan harga saham RM110 juta


 
Firma penyelidikan itu menyukai kumpulan itu bagi pelaburan jangka panjang dan trend menaik taraf aset pengilangan minyak sawit didorong oleh kesedaran alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang semakin meningkat dalam kalangan pengilang.

 

Katanya, mereka juga menyukai pangkalan pelanggan syarikat yang kukuh dengan nama seperti Kula Lumpur Kepong Bhd, Wilmar International, SD Guthrie Bhd, Boustead Holdings Bhd dan Tradewinds Corp Bhd serta kehadirannya yang semakin meningkat dalam bidang kejuruteraan solar, perolehan, pembinaan dan ruang pentauliahan (EPCC).

 

"Bagaimanapun, dalam tempoh terdekat, dalam keadaan harga minyak sawit mentah (MSM) tidak berubah, pengeluar mungkin mengurangkan perbelanjaan modal mereka termasuk menggantikan dan menaik taraf dandang," katanya.

 

Kumpulan itu berdepan beberapa risiko termasuk pengilang minyak sawit memulakan rancangan perbelanjaan modal mereka berdasarkan kenaikan mendadak harga MSM, kos input yang lebih rendah, dan operasi di pasaran serantau semakin mendapat daya tarikan.

 

Kenanga Research mengekelakan saranan 'underperform' dengan harga sasaran (TP) RM1.30 sesaham.- DagangNews.com