Pengeluaran wang tunai di ATM antara bank dicaj RM1 bermula 1 Februari 2022 | DagangNews Skip to main content

Pengeluaran wang tunai di ATM antara bank dicaj RM1 bermula 1 Februari 2022

KUALA LUMPUR 31 Jan - Bermula 1 Februari 2022, bank akan mengenakan semula caj pengeluaran RM1 kepada pelanggan yang menggunakan khidmat pengeluaran wang tunai di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) antara bank.

 

Sebelum ini, pengguna menikmati pengecualian caj RM1 pada sistem MEPS pada 6 April 2020.

 

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa perlu dikenakan caj RM1.

 

Masyarakat kini sudah bebas bergerak tanpa sebaraag sekatan, membolehkan mereka pergi ke bank pilihan. 

 

Terdapat juga bank yang menawarkan pengeluaran percuma untuk beberapa kali pertama menggunakan mesin ATM bank berkenaan– dan mengecaj RM1 selepas had berkenaan. 

 

Sementara itu, dalam makluman di media sosial sebelum ini, Maybank telah menyatakan bahawa mulai 1 Februari, caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.

 

BACA JUGA: Caj RM1 pengeluaran antara bank di ATM akan dikenakan semula

 

"Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank," kata bank itu. - DagangNews.com