Pengembangan ekonomi 2Q21 bukti jelas dasar kerajaan membuahkan hasil - PM | DagangNews Skip to main content

Pengembangan ekonomi 2Q21 bukti jelas dasar kerajaan membuahkan hasil - PM

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Prestasi ekonomi berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dicapai pada suku kedua 2021  sebanyak 16.1% menjadi bukti kejayaan dasar kerajaan.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan itu dicapai walaupun dalam keadaan yang amat mencabar.

 

"Hari ini, kita telah mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 16.1% pada suku kedua 2021.

 

"Berbanding dengan suku-suku sebelumnya, tren pemulihan yang berterusan ini adalah bukti jelas bahawa dasar-dasar kerajaan telah membuahkan hasil, walaupun dalam keadaan yang amat mencabar.

 

"Perkembangan ini disokong oleh Belanjawan 2021, serta pakej-pakej rangsangan dan bantuan Kerajaan," katanya dalam sidang media khas hari ini.

 

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pasaran kewangan dan modal negara juga menunjukkan daya tahan yang baik pada Suku Kedua 2021. 

 

Melangkah ke hadapan, ekonomi Malaysia dijangka akan beransur pulih.

 

Katanya, perkara itu disusuli dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara dan peningkatan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

 

"Sasaran 50% populasi dewasa negara divaksinasi sepenuhnya pada akhir Ogos akan membolehkan kita membuka semula kegiatan ekonomi dan sosial secara lebih meluas untuk memacu pemulihan ekonomi negara," katanya. - DagangNews.com