Pengubahan wang haram: SC minta bantuan orang awam kesan enam individu  | DagangNews Skip to main content

Pengubahan wang haram: SC minta bantuan orang awam kesan enam individu 

Gambar Suruhanjaya Sekuriti
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Tindakan enam individu yang terlibat dengan kesalahan berkaitan pengubahan wang haram membawa padah apabila Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang giat menjejaki pesalah terbabit.

 

SC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihak berkuasa itu turut mendapatkan bantuan orang ramai untuk mendapatkan maklumat bagi mengesan lokasi enam individu itu.

 

"Mereka disiasat atas kesalahan melanggar Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) kerana menerima hasil haram melalui akaun bank mereka," katanya.

 

Enam individu yang sedang dikesan, termasuk Noor Hayazi Ahmad, Muhammad Harith Aiman Shaharuddin, Ahmad Azlan Edi, Muhammad Rafie Hadhari, Gary Tapau Anak Umut dan Amir Shahrum Nordin.

 

Orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat mengenai mana-mana enam individu terbabit boleh memaklumkan kepada SC dengan menghubungi talian 012-6108793 atau emel kepada aduan@seccom.com.my.

 

 

sc

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sc.com.my/regulation/enforcement/have-youseen-these-people. - DagangNews.com