Penjimatan sehingga RM10 dengan airasia ride ke pusat beli-belah CapitaLand terpilih di Lembah Klang dan Pulau Pinang | DagangNews Skip to main content

Penjimatan sehingga RM10 dengan airasia ride ke pusat beli-belah CapitaLand terpilih di Lembah Klang dan Pulau Pinang

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Nov - CapitaLand menawarkan penjimatan sehingga RM10 bagi perjalanan airasia ride menerusi platform ride-hailing airasia Superapp untuk menggalakkan pelanggan mengunjungi pusat-belah terpilih kumpulan itu di Lembah Klang dan Pulau Pinang sebagai tanda penghargaan.  

 

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, pengunjung boleh menikmati perjalanan diskaun menggunakan kod promo yang ditetapkan apabila pergi dan pulang dari pusat beli-belah CapitaLand ini menerusi airasia Superapp.  

 

Pengguna baharu boleh menikmati diskaun sebanyak RM10 daripada perjalanan pertama mereka manakala pengguna sedia ada layak untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM3 dengan menebus kod promo yang dipaparkan pada bahagian bawah di halaman pembayaran. Kempen ini berlangsung sehingga Jun 2024. 

 

Tempah perjalanan anda hari ini – klik pada ikon ‘Ride’ dalam airasia Superapp.

 

Kerjasama antara CapitaLand dan airasia ride ini dijangka dapat meningkatkan pengalaman perjalanan ulang-alik dalam kalangan pengunjung terutamanya pada musim perayaan yang bakal menjelang.

 

superapp

 

Ketua Peruncitan, CapitaLand Investment (Malaysia), Selina Ng berkata, pihaknya komited meluaskan rangkaian faedah dan manfaat bagi memenuhi keperluan gaya hidup pengguna yang semakin berkembang dengan menyediakan pengalaman membeli-belah yang holistik. 

 

"Kami yakin bahawa kerjasama dengan airasia ride akan memacu lebih ramai pengunjung ke pusat beli-belah kami. 

 

"Kami berbesar hati kerana memiliki persamaan dengan airasia ride dalam menawarkan perjalanan yang mudah untuk pengunjung kami," katanya.

 

superapp

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride, Lim Chiew Shan berkata, pihaknya teruja untuk berkongsi kerjasama terbaharu dengan pusat-belah CapitaLand ini bersama rakan pelanggan kami. 

 

"Sebagai antara penyedia perkhidmatan ride-hailing yang paling pesat berkembang di ASEAN, matlamat kami adalah untuk meluaskan pengalaman perjalanan yang lancar dan selesa kepada pelancong di rantau ini. 

 

"Kami percaya kerjasama ini akan menyediakan alternatif perjalanan yang lebih baik dalam kalangan pelancong sewaktu mereka menikmati perjalanan di kedua-dua bandar," katanya. - DagangNews.com