Penjual Kerepek capai 80% peningkatan jualan dengan Shopee Live | DagangNews Skip to main content

Penjual Kerepek capai 80% peningkatan jualan dengan Shopee Live

Kejayaan Kerepek Azaharfood menunjukkan kuasa penglibatan secara langsung dan pembinaan komuniti

MENGENAL pasti potensi berkembang strim langsung, Kerepek Azharfood, penjual kerepek tradisional, mula guna Shopee Live pada Oktober 2023 dan kian membina hubungan kukuh dengan penonton.

 

Penggunaan berinovatif mereka terhadap Shopee Live untuk berhubung dengan penonton dan dedikasi mereka dalam menggunakan bahan berkualiti tinggi pacu kejayaan dalam talian mereka yang membawa peningkatan jualan 80% dalam masa 6 bulan.

 

Hari ini, Kerepek Azharfood terus berkembang maju dalam talian, memiliki lebih 100,000 pengikut setia di Shopee hasil kejayaan mereka mengadaptasi dunia digital.

 

 

parafrasa

 

 

Kerepek Azharfood Menakrif Semula Penglibatan dengan Kandungan Shopee Live yang Menarik Perhatian

 

Kerepek Azharfood nampak kekangan terhadap kedai fizikal dan secara aktif bertukar kepada strim langsung.

 

Perubahan strategi ini membolehkan mereka mengembangkan kecapaian dan berhubung dengan penonton secara lebih meluas melalui penciptaan kandungan dalam talian yang lebih menarik perhatian ramai.

 

Mohamad Syahme Bin Azhar, Pengurus Pemasaran Kerepek Azharfood menjelaskan, "Dengan strim langsung, kami menggunakannya sebagai alatan berkuasa untuk menjana penglibatan pelanggan. Kami bawa penonton menyaksikan apa yang berlaku di belakang tabir operasi kami di mana kami menunjukkan bagaimana setiap produk kami diproses dengan penuh teliti dari pembuatan kerepek ke pembungkusan.”

 

Ketelusan Kerepek Azhafood ini mengukuhkan keyakinan pelanggan dengan dedikasi jenama ini terhadap kualiti.

 

Kerepek Azharfood menakrif semula penglibatan dalam talian dengan mengutamakan strim langsung yang sentiasa berlangsung dan tanpa gangguan.

 

Pasukan Kerepek Azharfood tidak pernah berhenti berstrim langsung sejak hari pertama mereka menggunakan Shopee Live.

 

Ada sesi yang dipanjangkan sehingga lapan jam yang memupuk hubungan rapat dengan komuniti mereka.

 

Ketika strim langsung Ramadan pada bulan Mac 2024 baru-baru ini, mereka berjaya menarik perhatian 43,000 penonton, satu rekod baharu, yang meningkatkan jualan mereka melebihi 600 pesanan dalam satu sesi Shopee Live, iaitu peningkatan 6 kali ganda berbanding strim langsung yang dijalankan ketika bukan musim kemuncak.

 

 

parafrasa

 

 

Bina Komuniti Setia melalui Kualiti dan Fokus terhadap Pelanggan

Komitmen Kerepek Azharfood terhadap kualiti membawa impak positif terhadap pembinaan komuniti pelanggan yang setia dalam talian.

 

Mereka mengutamakan maklum balas pelanggan melalui penambahbaikan resipi dan ujian rasa dengan menghantar sampel makanan kepada pelanggan yang memintanya.

 

Cara pembungkusan berinovatif mereka memastikan kerepek yang mudah rapuh sentiasa segar dan selamat ketika penghantaran, dan dijamin dengan penawaran polisi pengembalian wang sepenuhnya jika kerepek rosak ketika penghantaran.

 

Mengenal pasti keperluan pelanggan yang berpelbagai, Kerepek Azharfood menawarkan pelbagai jenis saiz kerepek, dari pek hidangan tunggal ke pilihan yang sesuai dimakan beramai-ramai.

 

Keropok Tortilla Nachos 1KG, merupakan produk terlaris mereka sejak 2018 di mana 43,800 paket telah terjual dan memiliki rating produk 4.9-star bintang dari 19,600 pelanggan.

 

Produk terlaris mereka yang lain adalah Kacang Gajus yang terjual dalam anggaran 1,900 paket setiap bulan sejak pelancaran, dengan sejumlah 9,100 pelanggan yang berpuas hati.

 

Dedikasi Kerepek Azharfood terhadap kualiti dan interaksi jujur dengan pelanggan menjana kesan pemasaran mulut ke mulut dari pelanggan yang berpuas hati terhadap produk dan khidmat mereka.

 

 

parafrasa

 

 

Syahme berkata, "Kami percaya dengan penggunaan bahan terbaik dan mengekalkan keaslian resipi tradisional. Tetapi hubungan yang kami bina dengan pelanggan kami yang membezakan kami dengan penjual lain.

 

"Kami amat menghargai setiap maklum balas dan review yang dikongsi. Dengan komuniti yang dibina, kami berjaya mencapai 27,000 rating positif terhadap produk kerepek kami!”

 

"Pujian organik yang diterima dari pelanggan kami ini memainkan peranan penting dalam membina pengikut setia Kerepek Azharfood".

 

Kisah kejayaan Kerepek Azharfood menunjukkan bagaimana perniagaan tradisional boleh berjaya dalam dunia digital dengan berpandangan jauh, fokus terhadap pelanggan, dan kesediaan untuk beradaptasi.

 

Pesanan Syahme kepada penjual lain, “Jangan tunggu sehingga ada masa yang ideal untuk memulakan Shopee Live. Shopee sentiasa ada untuk menyokong anda dalam setiap langkah.”

 

Tambahannya lagi, “Platform Shopee yang mesra pelanggan membuatkan penstriman langsung menjadi mudah - dengan hanya penyenaraian satu produk, anda boleh berstrim langsung di aplikasi ini. Tiada alatan rumit diperlukan!”

 

Syahme secara lanjutnya mengenengahkan bahawa menjangkaui penggunaannya yang mudah, Shopee Live menawarkan rangkaian ciri yang berinteraktif untuk mengekalkan penglibatan penonton termasuk ciri undian, cabutan bertuah, dan baucar dan Shopee Coins eksklusif untuk sesi Live.

 

Elemen-elemen ini dan digabungkan dengan komen yang diterima secara langsung dan peringatan strim langsung, memastikan pengalaman membeli-belah dinamik dan berinteraktif menyeluruh kepada penjual dan penonton. - DagangNews.com