Penyatuan perkhidmatan penstriman mungkin negatif untuk Astro dan Media Prima, kata CGS-CIMB | DagangNews Skip to main content

Penyatuan perkhidmatan penstriman mungkin negatif untuk Astro dan Media Prima, kata CGS-CIMB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Sept - CGS-CIMB Research mengekalkan penarafan 'overweight' terhadap sektor media dengan menyatakan terdapat laporan menyatakan gergasi media Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha untuk menyatukan perkhidmatan penstriman merkea termasuk industri.

 

Firma itu berkata, penyatuan perkhidmatan penstriman mungkin tidak dapat dielakkan dan ia akan menjadi negatif untuk lebih banyak penggabungan dalam industri media AS.

 

CGS-CIMB menyatakan kebimbangannya terhadap cadangan integrasi penstriman Astro Malaysia Holdings Berhad yang akan memberi kesan kepada mereka sekiranya perkhidmatan semakin berkurangan.

 

Sementara itu, firma itu berkata, pertumbuhan jualan kandungan Media Prima Berhad juga mungkin dihadkan.

 

"Kami kekal dengan saranan 'overweight' untuk sektor media tidak termasuk Astro kerana saham medua didagangkan pada hanya 0.3 hingga 0.7 kali bagi CY22-23. 

 

"Penilaian itu adalah untuk saham yang memiliki kedudukan tunai bersih dan memegang aset hartanah pilihan.

 

“Sektor ini juga menawarkan anggaran hasil CY22-23 sebanyak 4.9% hingga 10.4%. 

 

"Bagaimanapun terdapat risiko lain termasuk penurunan jualan iklan dan kenaikan harga kertas surat khabar yang akan memberi kesan kepada margin keuntungan," katanya. - DagangNews.com