Penyelidik UPM kongsi petua pikat ikan haruan dengan empat jenis gewang | DagangNews Skip to main content

Penyelidik UPM kongsi petua pikat ikan haruan dengan empat jenis gewang

Irfan dengan hasil tangkapan menggunakan umpan popper

KESERONOKAN memancing di lubuk ikan seperti di lautan, sungai, lombong, kolam atau tasik memberi nikmat berbeza buat kaki pancing.

 

Memancing ikan haruan boleh dikategorikan sebagai game mudah atau easy game. Tetapi boleh juga menjadi ekstrem bergantung kepada lubuk memancing.

 

Bagi yang baru terjebak dalam dunia memancing, ikan haruan adalah spesies yang mudah untuk diburu.

 

Umpan haruan

Katak adalah sinonim dalam perburuan ikan haruan. Ini kerana, katak adalah makanan kegemaran haruan selain daripada anak ikan.

 

Namun jika anda tidak menyukai katak atau tidak mengemari umpan hidup, anda boleh mengunakan alternatif seperti jump frog, katak lembut (soft frog), soft plastic, spoon, spinner, dan gewang tiruan yang mempunyai warna dan bentuk seperti anak ikan.

 

Sekumpulan penyelidik yang diketuai Pensyarah Kanan Perikanan Rekreasi, dari Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (FPUPM), Dr. Izharuddin Shah Kamaruddin, menjalankan kajian berkaitan umpan tiruan atau juga dikenali sebagai gewang. Gewang dilekatkan pada mata kail dan dipadankan dengan set rod dan mesin atau kekili untuk menangkap haruan.


 

parafrasa
Saudara Azriel dengan ikan haruan hasil kajian dijalankan UPM.

 

 

Beliau berkongsi petua hasil kajian rintis berskala kecil yang dijalankan di lokasi berbeza di kolam sekitar kampus UPM, menggunakan gewang berbeza untuk mengumpan ikan haruan.

 

Terdapat empat jenis gewang yang diuji selama tiga bulan berturut-turut, pada setiap hujung minggu oleh sekumpulan penyelidik tersebut. Berikut merupakan senarainya:

 

  1. Gewang katak lembut (soft frog)

Gewang yang versatile dan mudah untuk di’casting’ dan sukar untuk tersangkut pada tumbuhan atau kayu mati.Dalam kajian ini gewang soft frog berjaya mendaratkan ikan haruan paling banyak iaitu sebanyak 35  ekor daripada 133 sambaran, dengan prestasi 26.3%.


 

parafrasa
Gewang katak

 

 

  1. Gewang pensil

Gewang ini berbentuk agak tirus dan panjang seperti sebatang pensil.Gewang ini mempunyai prestasi 52.1%, apabila 25 ekor ikan haruan berjaya didaratkan daripada keseluruhan 48 sambaran.


 

parafrasa
Gewang pensil

 

 

  1. Gewang buzzbait

Gewang ini mengeluarkan bunyi yang kuat menggoda ikan haruan yang tersembunyi di dalam semak. Gewang ini berjaya menangkap sebanyak 23 ekor haruan daripada 98 sambaran, dengan prestasi 23.5%.


 

parafrasa
Ikan haruan yang ditangkap dengan menggunakan buzz bait

 

buzz bait
Gewang Buzz Bait

 

 

  1. Gewang popper

Gewang popper memercik permukaan air serta membentuk buih di bawah permukaan air, agar dapat dilihat oleh ikan dari jauh.Walaupun gewang popper mendaratkan paling sedikit ikan haruan dengan hanya 15 ekor daripada 31 sambaran, tetapi ianya mencatat prestasi terbaik sebanyak 48.4%.


 

parafrasa

 


Umpan terbaik

Secara keseluruhan, gewang ‘soft frog’ merupakan gewang terbaik sepanjang kajian dijalankan, kerana berjaya menaikkan ikan haruan paling banyak dengan sambaran paling tinggi.

 

Namun, dari segi prestasi peratusan, mungkin gewang popper adalah yang terbaik. 

 

Kajian ini mungkin bermanfaat bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia memancing, terutama dalam memilih gewang permukaan terbaik untuk ikan haruan.

 

Selain itu, petua ini juga diharap dapat memberi inspirasi kepada industri perikanan rekreasi di Malaysia, supaya lebih berdaya saing dan berkembang maju di masa hadapan.  - DagangNews.com