Perkembangan dalam segmen gas perindustrian dijangka beri hasil stabil kepada Kelington Group | DagangNews Skip to main content

Perkembangan dalam segmen gas perindustrian dijangka beri hasil stabil kepada Kelington Group

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Nov - Perkembangan berterusan dalam segemen gas perindustrian akan membantu Kelington Group Berhad mencipta aliran pendapatan berulang yang stabil pada masa hadapan.

 

Malacca Securities berkata, ia juga akan disokong oleh skim pemula bekalan di tapak baharu untuk tempoh 10 tahun bagi gergasi semikonduktor optoelektronik di Kulim, Kedah bermula 1QFY23.

 

"Langkah itu akan menjana pendapatan berulang yang stabil sebanyak RM180.0 juta yang akan berlangsung dalam tempoh 10 tahun," katanya dalam satu nota kajian hari ini.

 

Terdahulu, anak syarikat Kelington, Ace Gases Sdn. Bhd. (AGSB) komited untuk melabur RM45.0 juta untuk menubuhkan kilang pemulihan gas karbon dioksida kedua di Kerteh, Terengganu (P2). 

 

P2 akan dibina dan dipasang di Kerteh (P1) sedia ada untuk menghasilkan minuman gred LCO2.

 

Pembinaan kemudahan perkilangan, yang akan menghasilkan tambahan 70,000 tan LCO2 setahun akan dimulakan pada Disember 2022, dan dijangka siap menjelang Disember 2023. 

 

Pembiayaan untuk pembinaan tapak baharu akan dibiayai melalui pinjaman bank. 

 

Firma itu berkata, kontrak tertunggak kumpulan itu berada pada paras RM2.22 bilion merangkumi kontrak dalam segmen kerja-kerja ketulenan ultra tinggi (UHP) yang akan memberikan pendapatan stabil untuk tempoh dua tahun.

 

Firma itu juga menjangkakan tender kumpulan itu berada sekitar RM1.5 bilion.

 

"Selepas mengambil kira bahawa tiada sebarnag sumbangan daripada kilang baharu sehingga 2024, kami tidak membuat sebarnag perubahan unjuran pendapatan.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' terhadap kumpulan itu dengan harga sasaran (TP) RM1.70," katanya. - DagangNews.com