Perkembangan Radiant Globaltech akan dipacu permintaan operasi digital dalam sektor runcit, industri | DagangNews Skip to main content

Perkembangan Radiant Globaltech akan dipacu permintaan operasi digital dalam sektor runcit, industri

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 April - CGS-CIMB Research menjangkakan Radiant Globaltech Berhad (RGTech) akan meneruskan momentum perkembangan positif yang dipacu oleh permintaan operasi digital di dalam sektor peruncitan dan industri.

 

Firma pernyelidikan itu berkata, penggunaan penyelesaian digital yang lebih tinggi dalam mengautomasikan proses perniagaan akan mendorong kepada peningkatan permintaan.

 

"Perkembangan masa hadapan RGTech akan dipcau oleh pemerolehan pelanggan baharu tempatan dan luar negara, rancangan pertumbuhan pelanggan (kedai dan kilang baharu), dan usaha pendigitalan pelanggan sedia ada," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

RGTech merupakan syarikat yang berada dalam senarai ACE Market yang menyediakan penyelesaian teknologi automasi dan digital dengan menyasarkan sektor peruncitan, makanan dan minuman (F&B) dan industri.

 

Firma penyelidikan itu berkata, RGTech berjaya melengkapkan tiga pengambilalihan sejak Oktober 2020 termasuk pegangan 80% dalam Grand-Flo Spritvest Sdn. Bhd. pada harga RM11.6 juta pada Oktober 2021.

 

Selain itu, pada Januari 2020, RGTech menjalinkan kerjasama dengan Simat Technologies Public Co Ltd. untuk memasuki pasaran F&B Thailand. 

 

"RGTech menjelaskan bahawa pengambilalihan dan kerjasama itu dijangka membentuk sinergi bersama perniagaan sedia ada, meluaskan tawaran produk dan mempelbagaikan asas pelanggan mereka.

 

"Mereka bagaimanapun tidak mempunyai saingan yang setanding secara langsung di dalam negara selepas mempertimbangkan pendedahannya terhadap penyelesaian teknologi automasi runcit dan industri," katanya. - DagangNews.com