Perkhidmatan e-penghantaran rempit.io bakal dilancar di Australia Q4 | DagangNews Skip to main content

Perkhidmatan e-penghantaran rempit.io bakal dilancar di Australia Q4

 

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perkhidmatan e-penghantaran, rempit.io yang dibangunkan oleh syarikat Malaysia, bakal dilancarkan pada suku keempat tahun di Australia.

 

Diasaskan oleh sebuah syarikat permulaan, rempit.io menawarkan khidmat penghantaran pantas di bawah masa sembilan minit.

 

Menurut jurucakap syarikat,  rempit.io adalah berkonsepkan jualan barangan keperluan asas atas talian delivery-only menerusi aplikasi khas rempit.io.

 

‘’Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi rempit.io untuk mula membuat pembelian. Tiada had tempahan dikenakan,’’ katanya. 


 

rempit.io

 


Pelan perniagaan rempit.io yang bermula di Australia ini bakal menyaksikan ia dirancang memasuki pasaran Malaysia pada tahun depan diikuti Singapura, Indonesia, dan Thailand sebelum akhir 2023. - DagangNews.com