Permohonan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir tidak pernah ditutup - PM | DagangNews Skip to main content

Permohonan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir tidak pernah ditutup - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa permohonan untuk Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir tidak pernah ditutup seperti yang didakwa.

 

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 23 Dis - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tidak pernah menutup permohonan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir.

 

Beliau berkata, bantuan sebanyak RM1,000 itu akan dibayar kepada mangsa setiap kali ditimpa bencana.

 

"Kalau dua kali dilanda bencana, dua kali kerajaan akan bayar. Itu adalah arahan saya

 

"Baik YB (Yang Berhormat) check (semak) dahulu perkara sebenar, jangan terus percaya pada maklumat Whatsapp. Tindakan YB mengelirukan rakyat," katanya menerusi laman Twitter.

 

Perdana Menteri menjawab dakwaan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang menyebarkan maklumat menyatakan perohonan bantuan itu akan ditutup pada 12 tengah hari 24 Disember 2021.

 

Dia juga mempertikaikan bagaimana kerajaan boleh mengumumkan bantuan kewangan banjir sebanyak RM1,000 tanpa sebarang butiran lengkap dan permohonan akan ditutup esok.

 

bantuan

 

Sebelum ini Perdana Menteri mengumumkan pemberian Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas bagi tujuan meringankan beban yang ditanggung akibat bencana itu. - DagangNews.com