Perolehan Axis REIT dijangka lebih mengukuh menjelang 2H20 | DagangNews Skip to main content

Perolehan Axis REIT dijangka lebih mengukuh menjelang 2H20

Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT)

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 7 Sept.- Prestasi perolehan syarikat Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT) dijangka lebih mengukuh pada separuh kedua 2020.

CGS-CIMB Research berkata, jangkaan tersebut dilihat berdasarkan kepada perubahan landskap perniagaan dan ekonomi yang lebih positif serta permintaan e-dagang yang semakin meningkat.

"Sasaran perolehan syarikat berkenaan ialah RM120 juta pada separuh kedua 2020. Sasaran tersebut disokong oleh pertumbuhan segmen logistik dan pergudangan syarikat berkenaan.

"Bagaimanapun, kami jangkakan jumlah perolehan akan semakin mengukuh dan berdaya tahan," kata CGS-CIMB Research.

Pada suku kedua 2020, aset logistik dan pergudangan Axis REIT membentuk 76% hasil gabungan jumlah Net Lettable Area (NLA) 10.2 meter kaki persegi dengan kadar penghunian yang baik iaitu 90% hingga 100%.

Pengagihan jenis penyewa, pembuatan dan logistik pula merangkumi 63% daripada jumlah NLA kumpulan yang diikuti dengan 29% untuk produk dan perkhidmatan pengguna.

Axis REIT turut mengakui wujudnya permintaan ruangan simpanan dan gudang daripada pemain industri berasaskan sarung tangan dan peralatan perubatan pada suku kedua 2020.

CGS-CIMB Research mengekalkan potensi prospek sewaan pada +2% pada tahun kewangan 2020, sama dengan potensi yang diletakkan pada 2019.

Perkara tersebut juga dinilai berdasarkan prestasi pembaharuan sewa 68% pada tahun kewangan 2020.

CGS-CIMB Research turut mengekalkan saranan 'tambah' harga sasaran sesaham (TP) syarikat berkenaan iaitu RM2.44. - DagangNews.com