Persidangan Rise beralih ke Kuala Lumpur | DagangNews Skip to main content

Persidangan Rise beralih ke Kuala Lumpur

Persidangan antarabangsa teknologi, Rise akan diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 2022. 

 

 

HONG KONG 8 Dis. - Persidengan teknologi antarabangsa, Rise yang sepatutnya diadakan di Hong Kong, beralih ke Kuala Lumpur, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai keupayaan wilayah itu mengekalkan statusnya sebagai hab perniagaan global utama ekoran pergolakan politik baru-baru ini. 

 

Pada Khamis lalu, Rise, adalah acara teknologi tahunan yang turut menyaksikan penyertaan penceramah dari kalangan eksekutif dari Uber, Alibaba dan Stripe dan juga rakan kongsi dari firma modal teroka, menyatakan akan meninggalkan Hong Kong untuk ke ibu negara Malaysia. 

 

Menurut laporan CNN Business, pengumuman itu di luar Sidang Kemuncak Web yang sedang berlangsung dengan kehadiran kira-kira 100,000 orang dari 160 negara yang dijalankan secara dalam talian. 

 

Tahun lalu, acara teknologi terbesar di Asia ini menarik 16,000 penyertaan dan lebih 350 penceramah. 

 

Ia telah diadakan di Hong Kong sejak 2015. Tetapi pada November 2019, Sidang Kemuncak Web menarik diri daripada persidangan Rise yang dijadualkan pada Mac 2020, ekoran situasi yang berterusan ketika itu di Hong Kong, menurut laporan beberapa media. 

 

Pengendali persidangan itu dalam kenyataan berkata, mereka mempunyai persetujuan bagi kerjasama selama 3 tahun dengan Perbadanan Digital Ekonomi Malaysia (MDeC). 

 

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Sidang Kemuncak Web dan Rise, Paddy Cosgrave memberitahu CNN Business, situasi politik di Hong Kong bukan menjadi alasan utama di sebalik keputusan tersebut. 

 

"Proses untuk berpindah ini telah bermula sejak 2018 lagi. Ini bukan tanda selamat tinggal kepada Hong Kong. 

 

"Malah, kami berharap dapat kembali ke wilayah ini pada masa hadapan dengana acara baharu yang lebih segar," katanya. 

 

Sementara itu, penganjur bersama Rise, Casey Lau berkata, penganjuran Rise di Kuala Lumpur akan memperluaskan langkah mereka ke rantau Asia Tenggara yang mana ia menjadi tumpuan di seluruh dunia ketika ini bagi pertumbuhan dalam sektor teknologi. 

 

Tetapi kehilangan Rise memberi satu tamparan hebat kepada industri persidangan dan pameran di Hong Kong, disebabkan tunjuk perasaan pro demokrasi tahun lalu. 

 

Ia juga menyebabkan jumlah pengunjung ke bandar itu jatuh 14% pada 2019 berbanding tahun sebelumnya, menurut kajian yang dijalankan Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong. 

 

Tahun ini, industri tersebut bergelut dengan penularan pandemik COVID-19. 

 

Dalam satu kaji selidik yang dijalankan Persatuan Industri Pameran dan Konvensyen Hong Kong ke atas ahlinya pada Ogos mendapati sebanyak 52 program telah dibatalkan dan ditangguhkan. 

 

Program-program tersebut dijangka menarik lebih 3.4 juta pengunjung. - DagangNews.com