Petisyen penggulungan: Bina Puri, YTL Cement capai persetujuan penyelesaian pembayaran | DagangNews Skip to main content

Petisyen penggulungan: Bina Puri, YTL Cement capai persetujuan penyelesaian pembayaran

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 21 Feb - Bina Puri Holdings Berhad dan YTL Cement Marketing Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung YTL Corp Bhd telah mencapai persetujuan penyelesaian untuk jumlah tertunggak yang didakwa sebanyak RM1.74 juta.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, BPHB berkata, sehubungan itu pihaknya telah dimaklumkan oleh YTL Cement Marketing yang mereka akan menarik balik petisyen penggulungan yang telah diserahkan sebelum ini.

 

"Bina Puri ingin mengumumkan bahawa Syarikat telah dimaklumkan oleh YTL Cement Marketing Sdn Bhd berhubung hasrat untuk menarik balik petisyen penggulungan yang disampaikan kepada Syarikat kerana penyelesaian yang dicadangkan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan pembayaran telah ditetapkan.

 

"Sebarang perkembangan berhubung kes ini akan dimaklumkan secara sewajarnya kelak," katanya dalam pemakluman tersebut.

 

ARTIKEL BERKAITAN: YTL Cement failkan petisyen gulung tikar terhadap Bina Puri didakwa tidak bayar hutang RM1.7 juta

 

Bina Puri sebelum ini telah diserahkan petisyen penggulungan syarikat oleh YTL Cement Marketing Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung YTL Corp Bhd, untuk jumlah tertunggak yang didakwa berjumlah RM1.74 juta.

 

YTL Cement Marketing mendakwa Bina Puri tidak membayar RM1.74 juta, termasuk kadar faedah 1.5 peratus setiap bulan, setakat 30 November 2023.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia 7 Februari lalu, Bina Puri berkata ia masih dalam perbincangan dengan pempetisyen dalam usaha menyelesaikan perkara itu secara baik.- DagangNews.com