Petronas Carigali umum penemuan minyak dan gas di Blok SK306, luar pantai Sarawak | DagangNews Skip to main content

Petronas Carigali umum penemuan minyak dan gas di Blok SK306, luar pantai Sarawak

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Dis - Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) mengumumkan penemuan minyak dan gas di telaga Nahara-1 di Blok SK306 yang terletak di kawasan perairan cetek Wilayah Balingian kira-kira 150 kilometer dari Bintulu, luar pantai Sarawak.

 

Telaga Nahara-1 berjaya digali sehingga kedalaman 2,468 meter dan menemui hidrokarbon dalam jujukan sedimen Late Oligosen hingga Middle Miosen.

 

Minyak dengan bahan cemar yang minimum juga ditubuhkan selepas ujian pengeluaran dijalankan telaga.

 

PCSB merupakan pengendali blok itu, dengan 100% mengambil bahagian dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran.

 

Naib Presiden Eksplorasi Petronas, Mohd. Redhani Abdul Rahman berkata, pihaknya teruja dengan penemuan itu dan impaknya kepada usaha penerokaan masa depan di kawasan sekitar.

 

Beliau berkata, telaga Nahara-1 merupakan penemuan minyak penting oleh PCSB dalam dekad yang lalu.

 

"Ia merupakan bukti potensi besar di lembangan prolifik Malaysia yang kekal sangat prospektif.

 

“Penemuan itu juga mengukuhkan strategi penerokaan semasa PCSB untuk memperbaharui tumpuan dalam usaha penerokaannya di lembangan Malaysia," katanya. - DagangNews.com