Petronas Lubricant International Sdn. Bhd. (PLI) memperkenalkan generasi kedua bendalir kenderaan elektrik (EV), iona di Pusat Penyelidikan dan Teknologi Globalnya di Turin.
NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
[email protected]
KUALA LUMPUR 18 Nov - Petronas Lubricant International Sdn. Bhd. (PLI) memperkenalkan generasi kedua bendalir kenderaan elektrik (EV), iona di Pusat Penyelidikan dan Teknologi Globalnya di Turin dalam usaha untuk mencapai matlamat pelepasan sifar karbon menjelang 2050
Ia adalah merupakan usaha berterusan syarikat ke arah teknologi dan trend terkini di dalam e-mobiliti.
Walaupun penjualan kereta konvensioan mencatatkan penurunan namun penjualan kereta elektrik global menunjukkan peningkatan sebaynak 70% pada tahun lalu
“Kami yakin bahawa e-mobiliti sedang berkembang pada kadar yang sangat pantas. Penyelesaian yang inovatif menjadi pemacu bagi mempercepatkan peralihan ke arah e-mobiliti untuk masa depan yang lebih lestari,” Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLI, Giuseppe D’Arrigo.
Petronas iona yang mula dilancarkan pada tahun 2019, bertujuan mempercepatkan peralihan dunia ke arah masa depan sifar karbon dengan mengoptimumkan kecekapan tenaga dan prestasi kenderaan elektrik dengan penyelesaian bendalir EV termaju.
Generasi kedua Petronas iona direka untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam unit pemacu elektrik dan e-gandar termasuk kawalan geseran dan kehausan serta pengurusan haba untuk memaksimumkan prestasi, kecekapan tenaga dan kebolehpercayaan kenderaan elektrik berprestasi tinggi.
Sementara itu, PLI mengumpulkan pakar-pakar terkemuka industri dan pembekal melalui satu sesi webinar sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk meningkatkan kecekapan dan meneruskan usaha kolektifnya ke arah masa depan yang lestari.
Webinar itu meliputi tajuk merangkumi inovasi bateri untuk EV hingga teknologi bendalir untuk sistem e-transmisi dalam industri automotif.
“Pembentangan di webinar ini antara lain bertujuan untuk mewujudkan kelestarian dan ia menunjukkkan kami sedang melangkah ke hadapan untuk memajukan mobiliti elektronik.
"Peningkatan penjualan EV dan kemunculan peluang dalam segmen ini, kami akan terus bekerjasana dengan pelbagai pihak termasuk peneraju industri dalam memperjuangkan e-mobiliti," kata D’Arrigo.-Dagangnews.com