KUALA LUMPUR 1 Dis - RHB Bank Bhd melantik Phuah Shok Cheng untuk berkhidmat sebagai pemangku ketua pegawai kewangan kumpulan (CFO) selepas CFO semasa, Nik Rizal Kamil Nik Ibrahim Kamil tamat kontrak pada 31 Disember.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, bank itu berkata, beliau akan berkhidmat sebagai CFO sementara proses penyumberan dan penilaian untuk peranan CFO kumpulan sedang dijalankan untuk memastikan kesinambungan pejabat dan peralihan yang lancar.
Phuah, 46, telah menjadi ketua pengurusan modal kumpulan kira-kira sejak Mei 2014.
Nik Rizal, 51, bekas pengarah eksekutif Khazanah Nasional Bhd, dilantik sebagai CFO RHB pada Februari 2021, mengambil alih jawatan Syed Ahmad Taufik Albar.
Keuntungan bersih RHB bagi suku ketiga berakhir 30 September 2023 susut kepada RM649.95 juta, daripada RM695.41 juta setahun lalu, terutamanya disebabkan pendapatan berasaskan dana bersih yang lebih rendah.
Pendapatan faedah bersih turun 17% kepada RM915.61 juta daripada RM1.10 bilion. - DagangNews.com