Pizza Hut, Coca-Cola jalin kerjasama perkenal kombinasi dua perisa ikonik | DagangNews Skip to main content

Pizza Hut, Coca-Cola jalin kerjasama perkenal kombinasi dua perisa ikonik

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Pizza Hut Malaysia dan Coca-Cola mengumumkan kerjasama ikonik dua jenama terkemuka yang menampilkan dua variasi perisa baharu yang lazat iaitu, Hawaiian Cola Pizza dan 
Krispy Cola Wingstreet. 

 

Pizza Hut Malaysia berkata, dilancarkan pada 1 Ogos 2023, kempen selama sebulan ini menjanjikan pengalaman rasa luar biasa yang  tidak dapat dilupakan buat pencinta pizza dan kepak ayam. 

 

Katanya, mereka bereksperimen lebih empat bulan menambah baik resepi gabungan ini untuk menampilkan padanan rasa yang sempurna, yang mana berjaya menghasilkan dua rasa sensasi unik Pizza Hut dan Coca-Cola dalam setiap gigitan.

 

"Hawaiian Cola Pizza menggabungkan Hawaiian Chicken Pizza kami yang terlaris di pasaran dengan sos khas yang dihasilkan daripada soda Cola yang disukai ramai. 

 

"Kami yakin peminat pizza akan jatuh cinta dengan kombinasi pedas dan savuri, bersama percikan Cola. Manakala Krispy Cola Wingstreet menampilkan kepak ayam berjus dengan ramuan istimewa soda Cola, yang pastinya mencipta deria rasa yang tak mampu dilupakan," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, Pizza Hut dan Coca-Cola adalah kedua-dua jenama yang sentiasa memacu inovasi dan kekal menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat.

 

"Kombinasi mendorong kreativiti, lebih-lebih lagi dalam bereksperimen dengan perisa yang digemari ramai. Oleh itu, ciptaan unik ini adalah bukti nilai kebersamaan kami dalam mencari kepuasan dan kegembiraan pelanggan kami," katanya.

 

 

pizzahut

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Coca-Cola Singapura, Malaysia, dan Brunei, Tolga Cebe pula berkata, kerjasama antara dua jenama itu amat dinanti-nantikan.

 

"Terkenal sebagai jenama terkemuka dalam bidang masing-masing, Coca-cola dan Pizza Hut adalah gabungan yang sempurna. Dengan tawaran baharu yang unik ini, pelanggan boleh menikmati kedua-dua perisa dalam satu hidangan yang menyelerakan," katanya.

 

Untuk menyemarakkan lagi keterujaan, sebuah mesin layan diri khas akan dipasang di lokasi yang dirahsiakan di sekitar Lembah Klang. Sudah pasti ada kejutan yang menanti buat peminat yang menggunakan mesin layan diri ini, sekali gus menambahkan lagi keseronokan pengalaman itu.

 

 

pizza

 

 

Tersedia di kesemua 453 buah restoran Pizza Hut di seluruh negara, rangkaian Pizza Hut X Coca-Cola boleh dinikmati sebagai sebahagian daripada kombo Pizza Hut MyBox, kombo Huts Meal atau Kombo WingStreet dengan tambahan RM3.90 untuk setiap set. 

 

Promosi ini tersedia untuk ‘dine in’, bawa pulang dan penghantaran yang boleh dipesan melalui aplikasi Pizza Hut, www.pizzahut.com.my atau melalui platform penghantaran makanan popular sedia ada. 

 

Mengenai lokasi mesin layan diri khas dan kemas kini mengenai kempen Pizza Hut X Coca-Cola, peminat kedua-dua jenama ini boleh mengikuti Facebook rasmi Pizza Hut Malaysia (www.facebook.com/PizzaHutMalaysia ) dan Instagram (www.instagram.com/PizzaHutMalaysia).  - DagangNews.com