Pizza Hut perkenal kerak piza nipis Crackin’ Thin Crust inovasi baharu | DagangNews Skip to main content

Pizza Hut perkenal kerak piza nipis Crackin’ Thin Crust inovasi baharu

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Dis - Pizza Hut melancarkan gubahan inovatif baharu terhadap kerak piza jenis nipis yang digemari kebanyakan golongan muda pada masa kini.

 

Dikenali 'Crackin’ Thin Crust' baharu menampilkan kerak senipis 0.5 cm rangup dan garing, dengan limpahan keju yang memikat selera serta jaminan kerangupannya.

 

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, kerak nipis terbaharu ini terhasil daripada inspirasi untuk mencipta sebuah kelainan bagi piza kerak nipis yang sedia ada di pasaran. 

 

"Kerak nipis kami dicipta menggunakan "teknologi 4K", dan dengan "4K", kami maksudkan "4KRAKKK" iaitu gabungan kerak piza 0.5 cm ultra-nipis dengan bahagian tepian piza yang ditaburi keju cheddar lazat, mencipta kerangupan hebat dalam setiap gigitan.

 

“Inovasi hebat ini turut disertakan dengan jaminan kerangupan, keenakan keju mozzarella di bahagian tengah piza dan juga ditambah dengan kegaringan keju cheddar di bahagian hujungnya, memberikan tekstur yang lazat iaitu lembut, cair serta rangup kesemuanya dalam satu gigitan. 

 

"Kini anda boleh menikmati rasa enak berganda dengan nisbah topping, keju dan kerak sempurna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

pizza

 

 

pizza

 

Dalam pada itu, selaras dengan pelancaran kerak baharu ini, Pizza Hut menjemput semua pelanggan untuk bersama-sama menyertai cabaran 'The Crunch Challenge', yang diadakan melalui platform media sosial. 

 

Pelanggan hanya perlu merakam video sedang menikmati piza Crackin’ Thin Crust dan memaparkannya di Instagram Story dengan hashtag #CrunchChallenge dan #PizzaHutMalaysia dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan seperti iPhone 14 dan banyak lagi.

 

 

pizza

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my. - DagangNews.com