Pizza Hut tawar pizza 1 meter menerusi The Long Party Box | DagangNews Skip to main content

Pizza Hut tawar pizza 1 meter menerusi The Long Party Box

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

Bersempena bulan kemerdekaan ini, orang ramai boleh menikmati hidangan pizza sepanjang satu meter bersama tiga sos dan minuman ringan tanpa had untuk 10 orang dengan bayaran tambahan RM10 di semua cawangan Pizza Hut.

 

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, The Long Party Box diilhamkan bagi memenuhi impian orang ramai untuk bersama-sama menikmati hidangan selain merapatkan hubungan kekeluargaan.


 

pizza

 


Katanya, sebagai sebuah jenama terkenal, Pizza Hut ingin mencipta sesuatu yang istimewa untuk diraikan bersama-sama.

 

“Memandangkan restoran kami telah pun beroperasi sepenuhnya, kami teruja untuk  menggembirakan pelanggan dengan hidangan berkualiti dan pemberian nilai yang hebat,  itulah sebabnya kami telah mencipta tawaran minuman ringan tanpa had dengan setiap pembelian The Long Party Box. 

 

"Kami berharap dengan tawaran ini, kami dapat memberikan pelanggan sesuatu yang menarik untuk diraikan di musim cuti dan di sepanjang bulan kemerdekaan ini," katanya dalam satu kenyataan.

 

pizza

 

Pizza sepanjang satu meter yang berharga RM99 untuk hidangan ala carte ini akan menjadi menu tetap di Pizza Hut untuk makan di restoran dan bawa pulang, manakala tambahan RM10 untuk minuman ringan tanpa had (untuk 10 orang) akan sah dari 30 Ogos hingga 11 September 2022.

 

Sila layari www.pizzahut.com.my untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com