Platform DURIOO alternatif terbaik berunsur Islam untuk perkembangan minda anak | DagangNews Skip to main content

Platform DURIOO alternatif terbaik berunsur Islam untuk perkembangan minda anak

Oleh ILINADIA JAMIL

YouTube telah menjadi satu daripada platform utama yang digunakan oleh kanak-kanak di zaman digital sekarang ini.

 

Sebagai platform percuma antarabangsa dan terbuka kepada semua, kita tidak boleh kawal sepenuhnya video apa yang mereka tonton.

 

Ini menyebabkan kanak-kanak banyak terdedah kepada kandungan bertentangan dengan ajaran Islam.

 

Realitinya, aplikasi YouTube Kids dianggap sebagai pengganti YouTube kerana platform tersebut lebih mesra kanak-kanak.


 

parafrasa

 


Ibu bapa gemar memuat turun aplikasi tersebut melalui peranti digital kerana memudahkan pencarian video animasi kartun yang mampu menarik perhatian anak-anak. Namun, adakah pendekatan ini merupakan pilihan yang terbaik atau sebaliknya?

 

Menerusi satu kiriman di akaun Facebook milik Clariz Reyes Malicdem yang mendakwa saluran YouTube Kids iaitu Kids Diana Shows dan Vlad and Niki memberi pengaruh buruk kepada anak perempuannya.

 

Pada awalnya, beliau turut menyukai kandungan video tersebut yang dibintangi oleh kanak-kanak bernama Diana dan Roma. Beliau juga tidak menghalang anak perempuannya daripada terus menonton saluran berkenaan setiap hari sebagai saluran kegemarannya.

 

Namun, beliau seolah-olah menyedari perubahan ekspresi anaknya yang mula menjelingkan mata dan kerap mengatakan ‘tidak’ jika disuruh melakukan sesuatu.

 

Anak perempuannya berubah daripada seorang yang naif dan pintar menjadi seorang yang pemarah dan cerewet. Sikap yang ditunjukkan merupakan kesan sampingan terhadap kanak-kanak yang gemar meniru aksi-aksi yang menjadi bahan tontonan mereka di rumah.


 

parafrasa

 


Selain itu, terdapat banyak kandungan tidak senonoh seperti seksual, mabuk atau agresif dan bermacam lagi yang cuba menyamar sebagai kandungan kanak kanak walhalnya tidak bermanfaat.

 

Sebagai contoh, Huggy Wuggy dan Happy Tree Friends. Baru-baru ini, salah satu platform antarabangsa yang terkenal telah mengumumkan bahawa 50% kandungan mereka akan menyokong LGBTQ.

 

Bukan mereka sahaja, malah pelbagai lagi platform dan rancangan yang turut sama semakin berani menyerlahkan agenda LGBTQ di dalam kandungan mereka apatah lagi ke dalam kandungan untuk kanak-kanak.

 

Usaha menormalisasikan LGBTQ secara besar-besaran di peringkat antarabangsa ini perlu dibendung kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam.

 

Platform percuma pula seperti YouTube yang diminati kanak kanak dipenuhi dengan Iklan yang mengarut yang boleh memberikan impak negatif kepada anak-anak.

 

Disebabkan oleh konsep ‘open platform’, kita sebagai ibu bapa tidak boleh mengawal iklan apa yang akan ditonton oleh anak-anak kita.


 

parafrasa

 


Walaupun ada tetapan ‘Parental Control’, YouTube sendiri adalah dibuat untuk pasaran Amerika, jadi apa yang sesuai diiklankan di pasaran mereka kebanyakan tidak sesuai untuk kanak-kanak Islam kerana semuanya ditentukan oleh algoritma pelantar percuma tersebut yang kebanyakannya ditentukan oleh cookies dan history browser pengguna.

 

Di luar sana, susah untuk mendapatkan kandungan yang mempunyai nilai islamik untuk kanak-kanak terutamanya untuk kanak-kanak 2 hingga 12 tahun. 

 

Anak-anak perlu didedahkan kepada kandungan menarik yang mempunyai nilai islamik untuk membina Ummah yang baik daripada kecil.

 

Jika mahukan hiburan yang bukan sahaja mendidik anak-anak malah menerapkan nilai-nilai murni Islam, bebas dari segala perkara yang boleh memesongkan pemikiran anak-anak dengan pekara negatif, maka kini kita sebagai ibu bapa prihatin perlu sedar bahawa perlunya satu pelantar hiburan yang selamat.

 

Durioo+ adalah sebuah platform selamat untuk kanak-kanak Islam. Ia diperkenalkan oleh Sinan Che Ismail, pengasas rancangan kanak-kanak popular Didi & Friends dan Omar & Hana.

 

Kandungan kandungan di dalam Durioo+ terdiri daripada kandungan yang mempunyai nilai islamik, kandungan pembelajaran menarik untuk kanak-kanak Islam, kandungan yang telah ditapis oleh ibu bapa Muslim, kandungan menarik untuk tontonan anak-anak dan yang paling penting ia menyediakan kandungan yang bebas iklan yang mana tidak menyelitkan pengaruh kapitalis mahupun cubaan eksploitasi minda kanak kanak.


 

parafrasa

 


Pembangunan platform berunsur Islamik dan mesra kanak-kanak ini telah mendapat pujian dan sokongan dari kebanyakan pakar motivasi, doktor dan pakar keibubapaan di Malaysia antaranya seperti Prof Dr Muhaya Mohamad, pakar motivasi terkenal di Malaysia.

 

Tambahan, kaedah terbaik untuk mendidik anak-anak untuk berminat dengan Islam adalah dengan cara yang lebih menarik minat mereka seperti animasi, hiburan berinfomatif, visual interaktif yang mengaktifkan kebolehan kognitif dan kreatif, bukan hanya secara pendidikan formal semata mata.

 

Selain itu, Durioo++ juga menyediakan satu platform untuk Muslim Creators berkarya dan menyediakan serta mempelbagaikan lebih banyak kandungan dengan nilai Islamik untuk ditonton oleh kanak-kanak dengan harapan dapat memberikan impak positif kepada kanak-kanak. - DagangNews.com

 

 

ILINADIA JAMIL adalah Pensyarah di  Kolej Pengajian Kreatif, UiTM Melaka, Kampus Alor Gajahber Gambar: Internet