Plaza Tol dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam mula dibuka secara berperingkat | DagangNews Skip to main content

Plaza Tol dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam mula dibuka secara berperingkat

Plaza tol Shah Alam di NKVE ditenggelami air semasa kemuncak kejadian banjir di Shah Alam pada 18 Disember 2021.

 

 

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 20 Dis - Berikutan paras air banjir semakin surut, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membuka semula Plaza Tol dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam secara berperingkat kepada pelanggan lebuh rayanya. 

 

PLUS dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya sedang giat menjalankan kerja-kerja pembersihan pengalihan kenderaan yang terkandas, pemeriksaan menyeluruh dan kerja pembaikan ke atas aset lebuh raya serta peralatan tol yang rosak disebabkan banjir.

 

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, laluan yang terjejas kini telah dibuka secara berperingkat. Namun, kami menasihati pelanggan untuk tetap berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran kerana masih ada di  beberapa bahagian jalan yang masih ditakungi air banjir. 

 

''PLUS juga ingin berterima kasih di atas sokongan semua pihak termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, serta semua agensi-agensi lain dan orang perseorangan yang terlibat dalam misi menyelamat dan memindahkan mereka yang terkandas.

 

''Kesabaran mereka telah membantu memastikan keselamatan serta keselesaan semua kekal menjadi keutamaan PLUS,'' kata beliau.


 

Datuk Zakaria Ahmad Zabidi
Datuk Zakaria Ahmad Zabidi

 


Pelanggan lebuh raya juga dinasihatkan untuk menyemak status banjir semasa dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan serta mendapatkan maklumat trafik terkini di laman web PLUS, www.plus.com.my dan platfom media sosial termasuk Facebook PLUS Malaysia dan Twitter PLUSTrafik serta PLUS App. - DagangNews.com