PLUS nafi tawar diskaun tol 50% untuk orang ramai pulang mengundi | DagangNews Skip to main content

PLUS nafi tawar diskaun tol 50% untuk orang ramai pulang mengundi

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 Mac -  PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media tentang pemberian diskaun tol 50% untuk orang ramai yang pulang untuk mengundi seperti mana yang tular pada ketika ini.

 

PLUS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pada masa yang sama, PLUS amat memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat untuk mengelirukan orang ramai.

 

"PLUS bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap individu serta pihak yang terbabit," katanya.

 

Katanya, selain daripada agensi media yang sah, semua kenyataan media PLUS juga disiarkan menerusi saluran komunikasi rasmi syarikat ini termasuklah media sosial. - DagangNews.com