PLUS tutup sementara lorong kanan Senai Utara ke Kulai Isnin ini hingga 1 Januari 2022 | DagangNews Skip to main content

PLUS tutup sementara lorong kanan Senai Utara ke Kulai Isnin ini hingga 1 Januari 2022

KULAI 19 Sept - Sebagai langkah mempertingkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pelanggan lebuh rayanya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin mengumumkan penutupan lorong kanan di antara Senai Utara ke Kulai di KM24.65 hingga KM27.25 (Arah Utara) akan ditutup selama 3.5 bulan kepada semua kenderaan mulai jam 12 tengah malam pada 20 September 2021, sehingga jam 12 tengah malam, 1 Januari 2022.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, ia adalah bertujuan membolehkan kerja-kerja menaik taraf tembok penghadang konkrit dilaksanakan dengan lancar.

 

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, trafik di laluan terbabit akan dilencongkan ke lorong kiri dan lorong kecemasan bagi mengekalkan laluan dua lorong pada setiap masa.

 

Dalam masa yang sama kata PLUS, pelanggan lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik dan had laju 60 km/j serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit. (sila rujuk infografik di lampiran). 

 

 

PLUS

 

 

Justeru, pelanggan yang menghala ke utara dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan.

 

Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

 

''PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan,'' kata PLUS. - DagangNews.com