PM ucap tahniah ulang tahun keputeraan Raja Permaisuri Agong | DagangNews Skip to main content

PM ucap tahniah ulang tahun keputeraan Raja Permaisuri Agong

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-62, hari ini.

 

Ismail Sabri menzahirkan ucapan itu kepada Tunku Azizah menerusi laman Facebook beliau.

 

"Dirgahayu Tuanku.

 

"Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

 

"Patik dan isteri mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan," katanya. - DagangNews.com