PM umum 20 inisiatif di bawah Pemerkasa bernilai RM20 bilion | DagangNews Skip to main content

PM umum 20 inisiatif di bawah Pemerkasa bernilai RM20 bilion

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 17 Mac - Sebanyak RM11 bilion suntikan fiskal baharu diumumkan kerajaan bagi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang bernilai RM20 bilion. 

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pemerkasa berpaksikan lima fokus dengan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

 

“Sehubungan itu, kerajaan telah mengenal pasti lima fokus utama program pemulihan dan pemerkasaan ekonomi sepanjang tahun 2021 iaitu mengawal penularan COVID-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi.

 

“Pada masa ini, negara kita sedang berada pada tahap kelima Strategi 6R Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi, iaitu ‘Revitalize’ atau Memperkasa ekonomi. 

 

“Pada tahap ini, strategi pemulihan ekonomi ditumpukan kepada usaha untuk merancak dan melonjakkan semula aktiviti ekonomi, atau jump-start the economy,” katanya ketika mengumumkan program itu secara langsung hari ini. - DagangNews.com

 

Baca : Peruntukan imunisasi COVID-19 ditingkatkan kepada RM5 bilion

Baca : PKP tidak mungkin dilaksanakan lagi - PM

Baca : Pemerkasa : Peruntukan projek berskala kecil dinaikkan kepada RM5 bilion

Baca : RM500 juta untuk pembiayaan mikro kredit - PM

Baca : PenjanaKerjaya kini meliputi pekerjaan sementara dan gig - PM

Baca : ‘One-off’ untuk pengusaha homestay, agensi pelancongan

Baca : Peraturan pasaran ditingkatkan, pembiayaan RM100,000 untuk koperasi

Baca : Bantuan pinjaman pemulihan BNM kepada PKS dinaikkan RM2 bilion - PM 

Baca : Subsidi telefon dinaikkan kepada RM300

Baca : Siling Geran Pembangunan Pasaran dinaikkan kepada RM500,000

Baca : Sukuk Lestari AS$1 bilion bakal dilancar

Baca : Hilang pendapatan dapat ‘one-off’ RM500 - PM 

Baca : RM100 juta bantu golongan miskin bandar

Baca : RM30 juta bantu usahawan wanita beralih ke pasaran dalam talian

Baca : Had kelayakan gaji maksimum OKU ditingkatkan kepada RM1,500 sebulan

Baca : Nilai kredit eBelia naik kepada RM300

Baca : Harga siling RON95 dan diesel ditetapkan RM2.05, RM2.15