PM ziarah Tun Mahathir di IJN | DagangNews Skip to main content

PM ziarah Tun Mahathir di IJN

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) bertemu Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan Tan Sri Mokhzani Mahathir
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), petang tadi.

 

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook memaklumkan menziarahi Tun Mahathir dan bertemu Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali serta Tan Sri Mokhzani Mahathir.

 

"Tiba di IJN sebentar tadi untuk menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dirawat di IJN.

 

"Saya bertemu dengan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan anaknya Tan Sri Mokhzani bertanyakan khabar dan keadaan Tun Mahathir," katanya.

 

Ismail Sabri turut memohon seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama berdoa kepada Allah semoga Tun Mahathir segera sembuh dan kembali sihat walafiat.

 

Sementara itu, pengamal media yang menunggu di IJN seawal jam 2 petang tadi, masih dilarang untuk berada di perkarangan kawasan masuk ke ruangan yang menuju ke bilik rawatan Tun Mahathir, lapor Berita Harian.

 

Terdahulu, pejabat Tun Mahathir mengesahkan Ahli Parlimen Langkawi itu dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN, namun sehingga kini status kesihatannya masih belum dapat disahkan. - DagangNews.com