PNB, ASNB terima pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah | DagangNews Skip to main content

PNB, ASNB terima pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah

KUALA LUMPUR 16 Feb - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dan syarikat pengurusan unit amanah milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), hari ini mengumumkan kedua-duanya menerima pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) dari SIRIM QAS International Sdn Bhd. 

 

Dalam sebuah majlis penyampaian anugerah tertutup baru-baru ini, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn (dua dari kiri), telah menerima pensijilan ISO 37001 daripada Pengurus Besar Kanan QAS SIRIM, Mohd. Hamim Imam Mustain (paling kanan) dengan disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria (dua dari kanan). 

 

Turut hadir  menerima anugerah tersebut bagi pihak ASNB ialah Ketua Pengurusan dan Penyeliaan 
Cawangan ASNB, Mohd Azlan Masood (paling kiri). 

 

Pensijilan tersebut merupakan manifestasi komitmen kumpulan PNB untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional, dengan penekanan tegas terhadap nilai-nilai etika dalam aktiviti perniagaan hariannya. - DagangNews.com