Poh Kong catat untung bersih RM19 juta pada 1QFY24 didorong kenaikan harga emas | DagangNews Skip to main content

Poh Kong catat untung bersih RM19 juta pada 1QFY24 didorong kenaikan harga emas

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 19 Dis - Poh Kong Holdings Bhd telah mencatat keuntungan bersih RM19 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024 (1QFY24), meningkat daripada RM15.67 juta pada suku sama tahun lepas didorong peningkatan keuntungan operasi berikutan trend menaik keseluruhan harga emas.

 

Pendapatan sesaham asas syarikat ialah 4.63 sen berbanding 3.82 sen tahun lalu.

 

Pendapatan peniaga emas itu pada suku dalam tinjauan adalah RM355.98 juta, turun daripada RM370.36 juta setahun sebelumnya disebabkan sentimen pasaran yang lemah dan penurunan permintaan untuk produk barang kemas emas.

 

Poh Kong berkata pihaknya yakin telah melaksanakan langkah mencukupi untuk menghadapi cabaran dalam tahun kewangan semasa.

 

"Kumpulan akan terus memantau kesan ketidaktentuan semasa terhadap operasi kami, menjunjung dan menghormati kewajipan kewangan kami dan menilai prestasi kami secara berterusan," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.  - DagangNews.com