Polisi perlindungan khas dari Allianz General | DagangNews Skip to main content

Polisi perlindungan khas dari Allianz General

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd. menggalakkan para pemilik kenderaan mendapatkan perlindungan bahaya khas insurans motor bagi mengelakkan mereka menanggung kos tinggi jika kenderaan rosak disebabkan masalah banjir atau pokok tumbang. 

Ketua Tuntutan Allianz General, Damian Wiliiams berkata, perlindungan tambahan ini akan menambah kos premium insurans motor tetapi merupakan pelaburan yang mampu melindungi kenderaan daripada kejadian tidak diingini.

“Hanya kerana tidak tinggal di kawasan mudah banjir, tidak bermakna banjir tidak akan berlaku. Setiap tahun, kami melihat banyak insiden, dan malangnya, hanya segelintir individu yang boleh membuat tuntutan untuk kerosakan banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kemudahan perlindungan khas yang disediakan Allianz General.

 

Allianz General menawarkan Perlindungan Bahaya Khas pada 0.25 peratus daripada jumlah yang diinsuranskan kenderaan, yang juga melindungi dari banjir, taufan, ribut, tanah runtuh dan bencana alam yang lain.

“Selain perlindungan bahaya khas, salah sebuah perlindungan lain yang sering dilupakan ialah perlindungan cermin depan kereta, yang merupakan perlindungan tambahan penting dalam polisi insurans motor. 

"Perlindungan tambahan tersebut bukanlah pilihan yang sukar, dan kami berharap orang ramai boleh memilih dengan tepat apabila memperbaharui polisi mereka,” katanya. 

Tambahan pula, semua pemegang polisi Motor Komprehensif Allianz General (kereta persendirian) boleh menikmati manfaat perkhidmatan Allianz Road Rangers (1-800-22-5542) yang mempunyai Talian Bantuan 24-jam, armada Allianz Road Rangers (Pasukan Bermotosikal dan Trak Tunda Allianz), Perkhidmatan Bantuan Tuntutan, Baucar e-hailing, Kelulusan Tuntutan Ekspres dan Penghantaran Kenderaan. - DagangNews.com