Portal perniagaan tertua eBay dijual AS$9 bilion | DagangNews Skip to main content

Portal perniagaan tertua eBay dijual AS$9 bilion

eBay

LONDON 22 Julai - Salah satu portal perniagaan tertua di internet eBay's (EBAY) yang mengkhususkan kepada pengiklanan dijual kepada pemilik baharu dengan harga AS$9.2 bilion.

Pembelinya, Adevinta dari Norway berkata, tujuan pembelian tersebut adalah bagi mewujudkan syarikat pengiklanan dalam talian terbesar di dunia.

Menurut Biro Pengiklanan Interaktif (IAB) yang merupakan badan pengiklanan industri global digital menyatakan, pengiklanan digital hanya merangkumi 3% daripada AS$125 keseluruhan pasaran iklan di internet pada 2019.

"Pada zaman Google (GOOGL) dan Facebook, ruang pengiklanan dalam talian tidak dilihat sebagai satu perniagaan besar," jelasnya seperti dipetik dalam laporan CNN.

Namun, ruang pengiklanan eBay menjadi antara platform pengiklanan terbesar (World Wide Web) yang baharu setelah laman web di Amerika Syarikat (AS), Craigslist serta beberapa syarikat lain mula terlibat dalam ruang pengiklanannya.

Jamie Iannone
JAMIE IANNONE

 

Bermula pada 25 tahun yang lalu, Kumpulan EBay Classifieds mula memasuki dunia dalam talian dan eBay dibangunkan sebagai AuctionWeb.

Perniagaan ruang pengiklanan eBay yang pertama dikenali sebagai DBA iaitu akhbar dalam talian terkenal di Denmark yang mula diterbitkan pada tahun 1970-an.

EBay juga membeli DBA serta pelbagai ruang pengiklanan perniagaan seluruh dunia pada 2008 bagi membentuk kumpulan pengiklanan eBay.

Namun, ruang pengiklanan itu tidak mencapai sasaran e-dagang eBay apabila hanya mampu memberikan hasil sebanyak AS$248 juta pada suku pertama 2020 atau hanya lebih daripada 10% daripada jumlah keuntungan syarikat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif eBay, Jamie Iannone berkata, penjualan itu juga melibatkan nilai untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi pemegang saham dan pelanggan.

"Perkara ini juga memberi peluang kepada kami untuk terlibat dalam perniagaan pengiklanan baharu di masa hadapan," jelasnya.- DagangNews.com