PRactitioners terima pengiktirafan global IPRA, jalin kerjasama empat bidang utama | DagangNews Skip to main content

PRactitioners terima pengiktirafan global IPRA, jalin kerjasama empat bidang utama

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Persatuan Pengamal Perhubungan Awam Malaysia (PRactitioners) menjalin kerjasama dengan Persatuan Perhubungan Awam Antarabangsa (IPRA), menandakan pengiktirafan  global. 

 

Menurut kenyataan media, PRactitioners berkata, kerjasama antara kedua-dua persatuan itu akan merangkumi empat bidang utama.

 

Antaranya adalah penukaran maklumat dan amalan terbaik, perkongsian penerbitan, promosi bersama dalam pembangunan etika profesion PR serta bekerjasama dalam menegakkan kod dan garis panduan.

 

Pengerusi PRactitioners, Datuk P Kamalanathan berkata, melalui kerjasama itu ahlinya akan memperoleh banyak manfaat seperti pandangan global, peluang rangkaian, dan akses kepada banyak sumber bagi meningkatkan pertumbuhan profesional mereka. 

 

“Perkongsian bersama IPRA yang saling menguntungkan ini, membuka jalan masa depan yang lebih cerah bagi semua pihak terlibat," katanya. 

 

nbhbb
          Datuk P Kamalanathan 

 

 

Sementara itu, Presiden IPRA, Nataša Pavlović Bujas turut menekankan kerjasama profesional di peringkat global akan memberi banyak faedah kepada semua pihak berkaitan. 

 

“Ia bukan sahaja membantu meningkatkan tahap perhubungan awam tetapi juga membantu persefahaman bersama dan membina kepercayaan antara negara,” ujarnya. 

 

 

nnn
          Nataša Pavlović Bujas 

 

PRactitioners berkata, perkongsian itu menandakan satu langkah penting ke hadapan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam landskap global PR. 

 

Ia menggariskan komitmen komuniti PR untuk memupuk hubungan antarabangsa dan meningkatkan standard amalan PR di Malaysia dan negara lain.- DagangNews.com