Produk eko-pelancongan TT5 Maze Park diperkenal di peringkat antarabangsa | DagangNews Skip to main content

Produk eko-pelancongan TT5 Maze Park diperkenal di peringkat antarabangsa

Kapal korek yang dibuka kepada pelancong di TT5 Maze Park di Geopark Kebangsaan Lembah Kinta.

 

 


DUBAI 3 Jan - TT5 Maze Park, tarikan terbaharu eko-pelancongan oleh Menteri Besar Incorporated (Perak) melalui anak syarikat, Amanjaya TT5 Sdn. Bhd, telah dipromosikan di Expo Dubai 2020, satu acara yang terbesar didunia yang disertai oleh 192 negara.

 

TT5 Maze Park terletak bersebelahan monumen ikonik perlombongan biji timah di Geopark Kebangsaan Lembah Kinta, Kapal Korek Tanjung Tualang No 5 (TT5) yang menggabungkan lapan elemen unik dan menyeronokkan membentuk bentuk hati dengan menggunakan bahan-bahan sinonim dengan negeri Perak seperti batuan mineral serta barangan kitar semula dan atap rumbia hasil tangan Orang Asli.

 

Sementara itu, Kapal Korek TT5 dan TT5 Maze Park turut mendapat perhatian Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Sri Nancy Shukry ketika mengunjungi tapak pameran produk pelancongan negeri Perak selepas merasmikan Pavilion Malaysia.

 

Turut mengiringi ialah Duta Besar Malaysia ke UAE, Mohd Tarid Sufian dan Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai, Mohd Hasril Abdul Hamid. Turut serta ialah Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Anuar Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad, Nurmalis Musa.


 

ye lah

 

ye lah

 

ye lah

 


Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Anuar Zainal Abidin berkata, MB Inc. berasa bertuah kerana berpeluang mempromosikan produk pelancongan negeri Perak, Kapal Korek TT5 dan TT5 Maze Park di peringkat antarabangsa.

 

MB Inc. ujar beliau, bukan sekadar memulihara kapal korek malah turut berasa bertanggungjawab untuk membangunkan bekas tapak perlombongan bijih timah ini dengan menghijaukan sekitarnya dengan penanaman pokok-pokok selain memperkenalkan tarikan terbaharu, TT5 Maze Park yang direka untuk tujuan pelancongan dan riadah seisi keluarga.

 

“TT5 Maze Park merangkumi Taman Pagar Sesat berbentuk hati, petting zoo, café The Can Tin ala 70-an yang mengetengahkan hidangan dim sum dan pau serta Ipoh White Coffee selain menjanjikan pengalaman dan pemandangan menarik di sekitarnya,” katanya di sini hari ini. 


 

mbi

 


Anuar berkata, TT5 Maze Park merupakan Taman Pagar Sesat yang terbesar dan berbentuk hati yang pertama seumpamanya di Malaysia, yang kini mendapat perhatian pelancong di dalam mahupun luar negara.

 

Tambahnya lagi, MB Inc. komited dengan mengunjurkan kenaikan pelancong domestik sehingga 60% manakala pelancong antarabangsa sebanyak 40%.


 

PM

 

UPM

 


“Kita menjangkakan kehadiran pelancong daripada Asia Barat dan Asia termasuk China dan Singapura. Selain itu, MB Inc. juga menjangkakan pelancong dari United Kingdom (UK) kerana Kapal Korek yang berada TT5 itu dibina di England sekitar 1930-an.

 

‘Ini akan menarik pelancong luar negara untuk melihat lebih dekat lagi ‘marvel engineering’ yang dibina ketika zaman kegemilangan bijih timah di negeri Perak. Tidak lupa, tarikan terbaharu, TT5 Maze Park’’ katanya.

 

Sila layari https://tt5perak.com atau Facebook: TT5 Perak atau Instagram @tt5perak untuk maklumat lebih lanjut berkaitan TT5 Maze Park dan Kapal Korek TT5. - DagangNews.com