Program `Beyond Benih' BAT Malaysia diiktiraf sebagai rakan strategik oleh Jabatan Pertanian | DagangNews Skip to main content

Program `Beyond Benih' BAT Malaysia diiktiraf sebagai rakan strategik oleh Jabatan Pertanian

Fairuz Helmi (kanan) menerima sijil Rakan Strategik daripada Dato' Nor Sam binti Alwi disaksikan oleh Datuk Arthur Joseph Kurup pada satu majlis, baru-baru ini. 
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 1 Mac – Jabatan Pertanian telah mengiktiraf program taman komuniti British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia), “Beyond Benih” sebagai rakan strategik dalam usaha memastikan keselamatan makanan untuk Malaysia.

 

Pengiktirafan ini dinyatakan secara rasmi semasa penyampaian sijil oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Malaysia, Datuk Arthur Joseph Kurup, yang diadakan bersempena dengan majlis penutup program MADANI Rakyat Zon Tengah.

 

Mengulas mengenainya, Fairuz Helmi, Pengarah Hal Ehwal Luar BAT Malaysia berkata, “Kami berbesar hati kerana diiktiraf sebagai rakan strategik oleh Jabatan Pertanian.

 

"Pengiktirafan ini telah meraikan dedikasi kami dalam memberi sumbangan ke arah memastikan keselamatan makanan di Malaysia selaras dengan tujuan kami membina A Better Tomorrow™.

 

"Kami tetap teguh dalam matlamat kami untuk mengembangkan Beyond Benih, program taman komuniti kami ke seluruh negara, dengan matlamat untuk mewujudkan komuniti yang berdikari, makmur dan mesra alam," katanya.

 

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Dato Nor Sam Alwi  memuji usaha BAT Malaysia dalam memacu perubahan yang memperkasa komuniti tempatan.

 

"Program taman komuniti BAT Malaysia sejajar dengan visi kami untuk mewujudkan sistem makanan yang mampan dan meningkatkan produktiviti pertanian.

 

"Kami memuji komitmen mereka dan berharap kerjasama ini diteruskan untuk menangani cabaran keselamatan makanan di Malaysia," ujar beliau.

 

 

iktisad

 

 

Pada masa ini, BAT Malaysia telah melancarkan 12 taman komuniti di mana komuniti menanam hasil mereka sendiri mengikut amalan pertanian yang baik.

 

Hasil tuaian kemudiannya dijual pada kos yang lebih rendah kepada komuniti di kawasan itu, dan dana yang dikumpul disuntik semula ke dalam kebun, sambil memberi imbuhan kepada sukarelawan penduduk. Melalui program itu, BAT Malaysia berhasrat mengubah kehidupan lebih 250,000 penerima bantuan menjelang 2026. - DagangNews.com