KUALA LUMPUR 22 Julai - Kenanga Research menjangkakan prospek HPP Holdings Bhd bertambah baik pada FY25 berdasarkan tanda-tanda awal pemulihan pesanan daripada segmen elektrik dan elektronik (E&E).
Katanya, untung bersih teras FY24 sebanyak RM4.1 juta mengatasi ramalan dan anggaran konensus masing-masing sebanyak 32% dan 25%.
Firma penyelidikan itu berkata, varians terhadap ramalan kami sebahagian besarnya datang daripada jumlah jualan daripada segmen E&E yang lebih baik pada 4QFY24 dan kos operasi yang lebih rendah
Katanya, hasil kumpulan bagi FY24 susut 15% kesan daripada prestasi lemah pembungkusan tidak dan segmen kotak kerana mengalami tempahan yang lemah daripada E&E pengguna dan segmen makanan dan minuman (F&B).
"Untung bersih terasnya menjunam sebanyak 56% kesan kos operasi yang lebih tinggi disebabkan oleh kos permulaan pada perniagaan pembungkusan acuan pulpa kertas baharu dan secara amnya penggunaan di bawah paras optimum mengakibatkan kerugian.
"Dari suku tahun ke suku tahun, ia kembali mencatatkan keuntungan pada 4QFY24 dipacu jumlah jualan yang lebih tinggi kepada sektor E&E pengguna ditambah dengan campuran margin produk yang dipertingkatkan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Kenanga Research berkata, pendapatan kumpulan itu akan dipacu harga produk kertas yang lebih tinggi di peringkat global yang seharusnya membantu meningkatkan purata kadar jualan (ASP) selain pengenalan produk pembungkusan acuan pulpa kerta kitar semua dengan margin tinggi dan peningkatan tempahan daripada pelanggan dalam segmen E&E.
"Kami percaya segmen E&E sudah mula menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan," katanya.
Firma penyelidikan itu menyukai kumpulan itu kerana pensijilan G7 Master Colourspace yang diiktiraf di peringkat global yang membolehkannya mengukuhkan kedudukan dalam rantaian syarikat multinasional bagi penyediaan reka bentuk, penyelesaian percetakan offset atau flexographic reka bentuk, pelbagai warna dan resolusi tinggi serta asas pelanggan yang kukuh termasuk Pelanggan D.
Selain itu, katanya, produk pembungkusan acuan pulpa baharunya merupakan pengganti kepada produk pembungkusan styrofoam, yang mematuhi piawaian alam sekitar Kesatuan Eropah (EU) yang ketat dan tidak tertakluk kepada cukai alam sekitar yang tinggi yang dikenakan ke atas produk pembungkusan styrofoam di pelbagai negara.
"Kami mengekalkan saranan 'market perform' dengan harga sasaran 39 sen sesaham," katanya.- DagangNews.com