KUALA LUMPUR 13 Ogos - Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan prospek Astro Holdings Bhd kekal mencabar walaupun terdapat usaha untuk mengkaji semula penawaran pakej baharu bagi menarik lebih ramai pelanggan.
Katanya, walaupun tawaran pakej ringkas boleh meningkatkan daya tarikan pelanggan, tetapi ia akan mengurangkan purata hasil bagi setiap pengguna (ARPU) kumpulan.
Firma penyelidikan itu berkata, ketika ini Astro memiliki lebih tawaran lebih daripada 15 pakej yang mengelirukan dan menyukarkan mereka untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7402556136005668112.jpg?itok=4uHnwLgy","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7402556136005668112?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Melangkah ke hadapan, kumpulan itu sedang mencari untuk menyemak semula tawaran pakejnya kepada tiga pilihan berbeza dengan pakej peringkat terendah untuk datang setanding dengan tawaran terbanyak over-the-top (OTT) pada RM40 hingga RM50.
"Walaupun kepakarannya dalam pengeluaran kandungan tempatan, kami melihat bahawa prospek mungkin terhalang usaha untuk mengurangkan perbelanjaan pengiklanan dan kelemahan langganan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu, keputusan suku pertama Astro (1QFY25) terus menyusut hasil sebanyak RM772.5 juta atau penyusutan 6% dari suku tahun ke suku tahun dan 10% tahun ke tahun
Keuntungan teras selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) juga merosot kepada RM23.2 juta.
HLIB berkata, hasil langganan menjadi pemacu hasil utama untuk kumpulan itu, membentuk membentuk kira-kira 62% hingga 77% daripada hasil bagi lima tahun kewangan sebelum ini.
Katannya, langganan Astro jatuh 21% dari suku tahun ke suku tahun dan 12% dari tahun ke tahun bagi suku pertama berakhir 30 April 2024 kepada RM86.7 juta.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'jual' dengan harga sasaran 23 sen sesaham.- DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/0PVVGGnacnA.jpg?itok=Ovi8QUQp","video_url":"https://youtu.be/0PVVGGnacnA","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}