Proton lancar model X70 dengan enjin 1.5L sebagai alternatif kepada 1.8L | DagangNews Skip to main content

Proton lancar model X70 dengan enjin 1.5L sebagai alternatif kepada 1.8L

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Jun - Proton melancarkan model X70 2022 dengan enjin suntikan terus 1.5L TGDi, pengecas turbo, alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8L TDGi.

 

Ia ditawarkan dalam lima varian iaitu 1.5 TGDi Standard 2WD pada harga bermula RM93,900, 1.5 TGDi Executive 2WD pada harga bermula RM105,500,

 

1.5 TGDi Executive AWD pada harga bermula RM111,300, 1.5 TGDi Premium 2WD pada harga bermula RM117,900 dan 1.8 TGDi Premium 2WD pada harga bermula RM121,800.

 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Proton X70 adalah model yang mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen C terlaris sejak dilancarkan.

 

"Lebih 70,000 unit dijual dan hari ini kami telah mengemaskini penggayaan dengan enjin 1.5L TGDi untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada bakal pembeli.

 

"Ia menjanjikan tahap prestasi yang sama dengan varian 1.8L TGDi di samping peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api yang dapat memenuhi keinginan pelanggan kami untuk memiliki sebuah SUV yang bukan hanya menyerlah dalam prestasi, ciri dan tarikan estetik, tetapi juga mampu dimiliki dan dikendalikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

proton

 

Enjin 1.5L TGDi telah dikaji selama lima tahun dan membabitkan lebih daripada 100 pakar utama dalam kerjasama global dan menjalani ujian lebih 12 juta kilometer dalam keadaan dan iklim yang paling ekstrem dan tertekan.

 

poton

 

Enjin 1.5L TGDi dibina di Tanjung Malim, di barisan pengeluaran baharu yang memenuhi piawaian kualiti yang ketat mandatori bagi salah satu enjin pemasangan tempatan paling canggih di Malaysia.

 

poton

 

Selain daripada enjin, Proton X70 2022 juga menawarkan ciri yang dipertingkatkan untuk keselesaan pemandu termasuk kemasan hitam kuarza pada bampar hadapan dan belakang, roda aloi 19 inci baharu, pintu belakang berkuasa dengan sensor kaki dan tempat duduk kulit Nappa dengan lapisan utama hitam baharu.

 

poton

 

Warna yang ditawarkan untuk Proton X70 2022 adalah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, Cinnamon Brown dan Space Grey, ditawarkan mengikut varian yang dipilih.

 

poton

 

Proton X70 2022 kini boleh didapati untuk tempahan dalam talian di https://www.proton.com/en/find-a- car/protonx70 dan di bilik pameran Proton yang sah. - DagangNews.com