Proton X50 dilancar secara maya pada 27 Oktober | DagangNews Skip to main content

Proton X50 dilancar secara maya pada 27 Oktober

Proton X50

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Teka-teki berhubung pelancaran rasmi Proton X50 akhirnya terjawab apabila Proton memilih 27 Oktober 2020 sebagai tarikh pelancaran model berkenaan.

Pelancaran tersebut bagaimanapun akan dijanlankan secara maya susulan situasi wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut laporan Soya Cincau, pelancaran rasmi Proton X50 akan dilangsungkan pada pukul 10.50 pagi, Selasa hadapan.

Orang ramai boleh menyaksikan pelancaran penuh melalui FB LIVE di Facebook rasmi Proton di pautan https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

 

Proton X50

 

Harga kenderaan itu juga bakal diumumkan secara rasmi semasa pelancaran berkenaan.

Model Proton X50 merupakan kenderaan yang paling ditunggu-tunggu bagi tahun 2020.

Meskipun belum dilancarkan secara rasmi, kenderaan tersebut sudah mendapat 20,000 tempahan hanya dalam masa dua minggu.

X50 hadir dalam empat varian bersama dua pilihan enjin berbeza.

Model Flagship dicipta dengan kemampuan enjin yang dikuasakan bersama 1.5 liter TGDI dan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.

Bagaimanapun, 3 varian lagi memiliki spesifikasi yang lebih rendah iaitu varian Standard, Executive dan Premium.

Ketiga-tiga varian itu mendapat padanan enjin 1.5 liter turbo.

Kesemua 4 varian tersebut mendapat kelajuan 7 DCT yang sama dengan model Proton X70 2020. - DagangNews.com