Prototaip kereta hidrogen ciptaan Solarvest, Swinburne, CENTEXS menonjol di SEMA 2024 | DagangNews Skip to main content

Prototaip kereta hidrogen ciptaan Solarvest, Swinburne, CENTEXS menonjol di SEMA 2024

Team Green Gear-H meraikan kejayaan mereka pada hari terakhir SEMA 2024
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 24 Julai - Team Green Gear-H meraih tempat keempat pada Shell Eco-Marathon Asia Pasifik & Timur Tengah (SEMA) 2024, menandakan pencapaian yang pertama untuk Malaysia.


Team Green Gear-H tersebut merupakan pasukan usaha sama Solarvest Borneo Sdn Bhd (Solarvest), Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) dan Centre of Excellence for Technology (CENTEXS) Sarawak.


SEMA 2024 dianjurkan di Pertamina Mandalika International Street Circuit di Lombok, Indonesia dari 2 hingga 6 Julai 2024. 


Pertandingan itu diadakan untuk membina kereta ultra ringan paling cekap tenaga, menyediakan platform tidak ternilai untuk pelajar sekolah menengah dan universiti menunjukkan kemahiran mereka dalam reka bentuk, teknologi, kejuruteraan dan pengurusan projek


Solarvest dalam kenyataan media berkata Team Green Gear-H merupakan pasukan pertama Malaysia lulus pemeriksaan teknikal ketat di SEMA. 


Pasukan itu berjaya mendapat tempat keempat daripada 80 pasukan dari 11 negara termasuk China, India, dan Indonesia dalam kategori prototaip sel bahan api hidrogen dengan kecekapan bahan api 185 km/m³. 

 

cdfc
Team Gear-H meraikan kemajuan ke fasa prototaip pertandingan.


Kejayaan pasukan itu menunjukkan potensi Malaysia dalam bidang pengangkutan mampan. 


Kata Solarvest, reka bentuk unik kenderaan inovatif itu mendapat inspirasi daripada profil sisi burung dalam penerbangan merupakan kunci kepada kecekapannya, dan menampilkan sekeping gentian karbon tunggal terbesar yang dibuat di Sarawak.


Ia adalah satu-satunya kenderaan berkuasa hidrogen direka dan dibina sepenuhnya di Sarawak, dengan kerja badan gentian karbon keluaran tempatannya dibuat menggunakan teknik termaju seperti tekstil gentian karbon dan susun resin, dan pengawetannya dibuat daripada infusi vakum.


Pasukan itu terdiri daripada pelajar dari fakulti kejuruteraan, pengkomputeran dan sains dan fakulti perniagaan, reka bentuk dan seni di Swinburne Sarawak. 


Di samping itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Strategi Solarvest, Leon Liew menjelaskan pelaburan syarikat itu dalam bakat dan teknologi bertujuan untuk memajukan modal insan dan meningkatkan alam sekitar untuk generasi akan dating. 


“Kami telah mengambil kira kesan ESG terhadap pembinaan dan pembangunan untuk setiap pelaburan untuk pengangkutan karbon rendah, yang kami percaya akan menjadi kenyataan dalam beberapa tahun akan datang, membuat perubahan nyata dalam sepanjang hidup kami." ujar beliau. 

 

Mengetuai delegasi Sarawak di SEMA 2024, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee menekankan pertandingan itu berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran rakyat Sarawak di peringkat global.- DagangNews.com