PRU15: 31,291 warga polis, tentera di Perak mengundi awal | DagangNews Skip to main content

PRU15: 31,291 warga polis, tentera di Perak mengundi awal

Sebahagian anggota polis yang membuang undi di Kompleks Latihan dan Sukan Polis Kontinjen Perak di Jalan Pasir Puteh pada 15 November 2022
Oleh ZAKI SALLEH 

IPOH 15 Nov - Sesi pengundian awal hari ini menyaksikan seramai 31,291 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tentera di Perak melunaskan tanggungjawab masing-masing bagi memilih kerajaan.

 

Jumlah itu melibatkan 12,215 anggota PDRM manakala 19,076 tentera.

 

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, sebanyak 72 pusat mengundi dibuka dengan 122 saluran melibatkan 54 premis polis dan 18 milik tentera.

 

Beliau berkata, seramai 1,131 orang pegawai dan anggota PDRM terlibat dalam melancarkan proses pengundian awal di Perak hari ini.

 

"Seramai 1,641 orang pengundi awal akan mengundi di Kompleks Latihan dan Sukan Polis Kontinjen Perak di Jalan Pasir Puteh di sini membabitkan lima saluran.

 

"Juga tiada mana-mana pusat mengundi bagi pengundian awal di Perak yang terjejas akibat banjir," katanya.

 

Beliau sebelum itu meninjau proses pengundian awal di Kompleks Latihan dan Sukan Polis Kontinjen Perak pagi tadi.

 

 

undi
Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri (kanan) 

 

 

Sementara itu sehingga pukul 10 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri memaklumkan sebanyak 27.92% sudah keluar mengundi.

 

Selain undi awal, seramai 565 warga polis Perak juga telah melaksanakan undi pos. 

 

Di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pula, seramai 3,877 warga tentera laut akan membuang undi di tiga buah sekolah di dalam pangkalan itu. - DagangNews.com