NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
[email protected]
KUALA LUMPUR 16 Nov - Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) menerima Anugerah Kantar Jenama Malaysia 2021 dalam kategori Jenama Insurans Paling Cemerlang selepas mengatasi 14 syarikat lain.
Kantar yang merupakan syarikat perunding pemasaran terkemuka dunia memberikan anugerah itu kepada PAMB selepas mereka meraih mata tertinggi bagi ekuiti jenama, reputasi korporat dan indeks kepercayaan pengguna.
Kantar menjalankan kajian ke atas 2,000 responden di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
"Bagi pihak Prudential Assurance Malaysia Berhad, saya amat berbangga dan berbesar hati untuk menerima Anugerah Kantar Jenama Malaysia 2021 dalam kategori Insurans.
"Di Prudential, pelanggan kami adalah keutamaan dalam segala yang kami lakukan. Kami dengar kepada pelanggan kami, memahami keperluan mereka, dan menunaikan janji untuk membantu memanfaatkan kehidupan mereka dengan lebih yakin," kata Ketua Pegawai Pelanggan dan Pemasaran PAMB, Eric Wong dalam satu kenyataan.-Dagangnews.com