NEW DELHI 8 Sept. - PUBG Corporation, sebahagian daripada unit syarikat Korea Selatan yang menerbitkan permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), telah menamatkan hak penyiaran kepada Tencent Games di India.
Menurut Reuters, pengumuman syarikat itu muncul seminggu selepas India mengharamkan permainan video itu bersama 117 aplikasi berasal dari China sebagai langkah tindak balas terhadap Beijing dalam isu ketegangan di sempadan kedua-dua negara yang memiliki kuasa nuklear itu.
“Melangkah ke hadapan, PUBG Corporation akan mengambil alih peranan penerbitan di negara ini (India)," kata syarikat itu.
PUBG Corporation juga sedang mencari cara bagi menyediakan pengalaman permainan video kepada pengguna-pengguna di negara India di masa hadapan.
Tencent, yang mengendalikan francais PUBG di India, tidak mengulas. - DagangNews.com