PublicInvest jangka hasil Wah Seong stabil antara RM600 juta hingga RM800 juta | DagangNews Skip to main content

PublicInvest jangka hasil Wah Seong stabil antara RM600 juta hingga RM800 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Mei - Public Investment Bank (PublicInvest) menjangkakan hasil Wah Seong Corp Berhad stabil dan berlegar sekitar RM600 juta hngga RM800 juta disokong kadar tempahan kukuh sebanyak RM3.5 bilion bagi suku kedua tahun ini.

 

Firma itu berkata, pada separuh kedua tahun ini beberapa projek utama dijangka berjalan lancar.

 

"Pengurusan kekal yakin dengan prospek jangka sederhananya memandangkan tender kukuh berjumlah RM5 bilion yang terdiri daripada segmen salutan paip (iaitu NFPS Qatar) dan segmen kejuruteraan (berkaitan dengan beberapa e-house dan MOPU atau FPSO), yang akan diberikan pada separuh kedua 2023.

 

"Kami juga menjangkakan margin keuntungan kumplan kekal sihat pada paras dua digit," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu merekodkan untung bersih bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2023 (1QFY23) lebih empat kali ganda kepada RM21.76 juta daripada RM4.94 juta setahun lalu, dipacu oleh sumbangan hasil yang lebih tinggi daripada semua segmen perniagaan.

 

Firma itu berkata, walaupun untung bersih teras kumpulan itu lebih rendah sebanyak RM14.1 juta secara berurutan, mereka menganggap ia sebagai permulaan yang membanggakan, melebihi unjuran FY23 pada 31.3% daripada jumlah tahun penuh, walaupun konsensus ketinggalan pada 19.1%.

 

"Kami mendapati bahawa kebanyakan projek utama masih di peringkat awal pada 1QFY23 dan akan berjalan lancar pada separuh kedua tahun ini termasuk projek EACOP, Yinson Agogo dan Qatar," katanya.

 

Firma itu juga menyemak naik penarafan kumpulan kepada 'outperform' berbanding 'neutral' dengan harga sasaran (TP) RM1.00 berbanding 70 sen sesaham sebelum ini. - DagangNews.com