PublicInvest positif terhadap trajektori pertumbuhan KPJ Healthcare disokong usaha pemasaran dalam segmen pelancongan kesihatan | DagangNews Skip to main content

PublicInvest positif terhadap trajektori pertumbuhan KPJ Healthcare disokong usaha pemasaran dalam segmen pelancongan kesihatan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Public Investment Bank (PublicInvest) kekal positif terhadap trajektori pertumbuhan KPJ Healthcare Bhd disokong usaha pemasaran proaktif kumpulan dalam segmen pelancongan kesihatan yang dijangka menarik lebih ramai pesakit terutamanya dari Indonesia.

 

Katanya, fokus strategik kumpulan dalam mengenal pasti serta mengoptimumkan set berprestasi rendah serta penambahbaikan dalam operasi teras akan terus mengekalkan prospek jangka panjang KPJ. 

 

"Bagaimanapun, industri penjagaan kesihatan berdepan landskap yang mencabar dan tekanan kos berterusan, yang mungkin memberi kesan kepada kumpulan itu dalam tempoh terdekat.

 

"Bagaimanapun, trend demografi yang menggalakkan seperti populasi yang semakin tua serta segmen berpendapatan sederhana yang semakin meningkat membuatkan KPJ berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan yang mampan.

 

"Ia juga disokong oleh peningkatan permintaan bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan khusus dan kebolehcapaian yang lebih baik," katanya dalam atu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: KPJ Healthcare catat peningkatan 62% untung bersih kepada RM76 juta, isytihar dividen satu sen

 

Terdahulu, suku tahunan kumpulan  meningkat 18.5% kepada RM930.56 juta, daripada RM785.36 juta setahun sebelumnya, sebahagian besarnya disumbangkan oleh peningkatan kadar penghunian katil (BOR) daripada peningkatan lawatan pesakit dan peningkatan kapasiti katil pada suku semasa.

 

Segmen Malaysia menyumbang pendapatan RM914.2 juta pada 2QFY24, iaitu 98% daripada pendapatan keseluruhannya pada suku tersebut, serta 19% lebih tinggi daripada RM770.5 juta yang dicatatkan pada 2QFY23.

 

Firma penyelidikan itu idak membuat sebarang perubahan terhadap unjuran pendapatan kumpulan bagi FY24 hingga FY26.

 

"Kami mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM2.21 sesaham," katanya.- DagangNews.com